Print_Screen
Super Active Member
- Messages
- 5,921
- Joined
- Nov 13, 2010
- Messages
- 5,921
- Reaction score
- 231
- Points
- 73
CELCOM Axiata Bhd berharap Bajet 2015 akan menyediakan program yang lebih mendalam terutamanya bagi pertumbuhan data dan internet untuk kebaikan serta faedah pengguna dan syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shazalli Ramly berkata Celcom mahu membina rangkaian yang lebih besar kerana permintaan pengguna untuk kualiti rangkaian Internet lebih daripada yang ada sekarang.
Beliau berkata infrastruktur berkenaan perlu dipercepatkan agar dapat membolehkan syarikat-syarikat seperti Celcom, membina rangkaian internet data itu secepat mungkin.
"Untuk itu, banyak inisiatif yang boleh diperkenalkan terutamanya kelulusan-kelulusan permit dan sebagainya untuk membolehkan perkembangan data ini dibuat dengan lebih cepat daripada tahap sekarang," kata beliau kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan video kemerdekaan di Kuala Lumpur hari ini.
Shazalli berkata mempercepatkan proses memerlukan permit diluluskan lebih cepat dan walaupun ini mungkin tidak dimasukkan dalam bajet, ia boleh mempengaruhi bajet.
"Kami mengalu-alukan insentif yang akan membolehkan pelancaran atau pengembangan rangkaian Internet yang akan dibuat pada kadar yang lebih cepat, " katanya lagi. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/celcom-harap-bajet-2015-fokus-data-internet-1.322997