BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Celcom, Digi meterai perjanjian dengan TM

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Zamzamzairani Mohd Isa (tiga, kiri) bersama wakil-wakil syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi ketika menandatangani perjanjian di Kuala Lumpur.


Telekom Malaysia Berhad (TM) bersama Celcom Axiata Berhad (Celcom), melalui anak syarikat milik penuh, Celcom Networks Sdn Bhd (Celcom Networks) dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menandatangani perjanjian kerjasama lebar jalur pukal bagi perkhidmatan TM Next-Gen Backhaul.

Ia membolehkan syarikat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) menambah baik kualiti rangkaian dalam menawarkan kependaman (latency) rendah dan jalur lebar tinggi peranti mudah alih.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kerjasama itu adalah langkah positif dalam memberikan pengalaman lebih berkualiti apabila mengakses kandungan digital jalur lebar tinggi.

TM akan menyediakan jalur lebar pukal melalui perkhidmatan TM Next-Gen Backhaul bagi menghimpun tapak-tapak akses kepunyaan Celcom dan DiGi meliputi 3,000 dan 3,500 kilometer di Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, kerjasama jangka panjang ini menjangkau lebih daripada 10 tahun akan menyaksikan dua fasa pembangunan.

"Fasa pertama meliputi tempoh tiga tahun bermula 2014 hingga 2016 diikuti fasa kedua tapak tambahan akses mudah alih dan tapak-tapak penghimpun seluruh Semenanjung Malaysia.

"Kerjasama ini menegaskan komitmen TM menyediakan akses terbuka kepada semua penyedia perkhidmatan yang memiliki lesen dengan SKMM,” katanya.
 
apakah yang dijanjikan sesama mereka
dan apakah akan memberikan positif kepada pelanggan ...
 
Perjanjian setiap tahun sykt konsesi internet akan naikkan harga langganan internet...sama mcm perjanjian sykt konsesi tol jugak!
 
celcom terbaik!! :)cgrock
 
just for information unifi tengah test 100mb speed internet pada pengguna yg terpilih. harap maklum
 
Back
Top
Log in Register