BTC USD 81,664.2 Gold USD 4,175.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Celcom catat untung RM2.4 bilion

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Shazalli (tengah) bersama Ketua Pegawai Kewangan Celcom, Christopher Tiffin (kanan) dan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Celcom, Jennifer Chui Fen Wong.

​

CELCOM Axiata Bhd (Celcom) menyasarkan akan terus mengekalkan pencapaiannya yang mencatatkan perolehan RM8 bilion dan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM2.4 bilion sepanjang 2013.

Perolehan itu adalah peningkatan 3.7 peratus berbanding RM7.7 bilion pada tahun sebelumnya.

Keuntungan yang mencatatkan peningkatan tujuh peratus daripada RM2.2 bilion pada 2012 itu pula adalah kadar pertumbuhan tahunan tertinggi dalam industri disebabkan usaha pengurusan kos secara cekap oleh Celcom.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, tahun ini tumpuan syarikat itu adalah untuk memberi fokus kepada penyelesaian usahawan, perkhidmatan digital dan pelanggan bernilai tinggi serta mengukuhkan pengalaman pelanggan antaranya melalui pelancaran Celcom First Elite baru-baru ini.

"Celcom turut mencatatkan jumlah pengguna jalur lebar 1.2 juta dan mencapai pertumbuhan perolehan dua kali ganda dalam segmen ini, iaitu peningkatan 18 peratus kepada RM1.1 bilion pada 2013 berbanding RM927 juta pada 2012," katanya semasa pengumuman keputusan kewangan Celcom bagi suku keempat 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

Shazalli berkata, 2013 juga mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi perkhidmatan data yang menyumbang 17 peratus kepada perolehan keseluruhan Celcom berbanding 16 peratus tahun sebelumnya.

Pengguna telefon pintar bagi 2013 juga menunjukkan peningkatan sebanyak 48 peratus manakala perolehan daripada internet mudah alih Celcom meningkat sebanyak 36 peratus.

Menurut Shazalli, Celcom turut memperuntukkan perbelanjaan modal RM1 bilion bagi 2014 untuk menambah baik rangkaian dan evolusi jangka panjang (LTE) syarikat itu.
 
setiap bulan sms tak diundang tolak rm1 atau rm2 dari akaun prepaind saya, dua tiga kali dtg.. belum lagi pengguna lain kena... untung makan sendiri rugi rakyat jugak tanggung..
 
untung bnyak tp servis x memuaskan..
 
1 billion untung free...voicemail je dah 100juta..yg lain2 lagi..
 
Aku tanak kutuk celcom.. sebab tengah best skang ni... wkakaka... harap celcom kekal keadaan skang... jangan macam maxis... sux...
 
c1m tu mmg power produknye..seswai utk lite user..
hrp2 dpt lg bagus..:D:D:D
 
Ini jela telco yang servis ok kat Malaysia ni. Yang lain semua macam harem je lebih2 lagi maxis yg memang penipu besar.

Dah untung tu naikkanlah quota internet celcom tanpa peningkatan bil. :D
 
celcom makin terbaikk...
maxis makin kurang dipercayai akibat hidden charge dan hidden fee yang banyak
 
Back
Top
Log in Register