TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Kuala Lumpur: BlackBerry Limited dengan kerjasama Celcom Axiata Bhd melancarkan telefon pintar terbarunya, BlackBerry Classic yang memfokuskan papan kekunci fizikal QWERTY pada harga RM1, 588 seunit.
Pengarah Kanan Pengurusan Produk Blackberry Asia Pacific, Damian Tay berkata, peranti terbaru itu dijangka mendapat sambutan khususnya bagi golongan professional yang memerlukan fungsi telefon pintar dengan papan kekunci fizikal.
Katanya, penggunaan kunci fizikal terbaru itu menjanjikan ketepatan menaip sehingga 40 peratus berbanding kekunci maya peranti dari jenama lain.
“Kami gembira melancarkan BlackBerry Classic ini ke pasaran Malaysia dan pada masa ini ia hanya boleh didapati menerusi pakej ditawarkan Celcom sahaja.
“Manakala bermula 1 Mac, BlackBerry Classic boleh didapati menerusi semua pengedar dan ejen sah kami di Malaysia,” katanya di sini, hari
Hadir sama, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin.
Blackberry Classic dilengkapi kamera 8 megapixel dengan cip pemprosesan dual core 1.5GHz Qualcomm Snapdragon , skrin 3.5 inci, RAM 2GB dan beberapa fungsi keselamatan terkini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23770#sthash.He1s9ZwM.dpuf