BTC USD 82,932.5 Gold USD 4,155.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Celcom 4G Terbaik, Digi Video Terbaik, Maxis & U Mobile Permua Terbaik

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Celcom Tawar 4G Terbaik, Digi Pengalaman Video Terbaik, Maxis Dan U Mobile Pengalaman Permua Terbaik - OpenSignal;

OpenSignal ialah sebuah syarikat penganalisa rangkaian telekomunikasi yang secara lazimnya hadir dengan laporan setiap suku tahunan yang memperlihatkan kualiti rangkaian telekomunikasi sesebuah negara, dan diantaranya termasuklah Malaysia.

Ujian-ujian penanda-aras yang dilakukan oleh OpenSignal merangkumi ujian seperti liputan rangkaian, kelajuan muat-turun dan muat-naik data, kepantasan memainkan video, kualiti rangkaian dan masa pendam apabila bermain permua menggunakan rangkaian mudah-alih dan sebagainya.

1E7A9E86-36B1-4585-8A22-8E73C484D6E6-950x689.jpeg.webp

Dalam laporan terbaru mereka, OpenSignal mengatakan bahawa rata-rata lima syarikat telekomunikasi yang diuji, kebanyakannya memperlihatkan penambahbaikan dari segi liputan dan kualiti rangkaian, sejajar dengan program JENDELA yang mana tugas utamanya ialah untuk meningkatkan ketersambungan dan kualiti rangkaian 4G mereka supaya ia lebih mudah untuk diakses oleh rakyat Malaysia.

BF2525AA-7013-4C0D-8DD8-7CEA6013A30C-950x360.jpeg.webp

Bermula dengan liputan rangkaian 4G, Celcom dan Unifi dilihat dua syarikat telekomunikasi tempatan dengan liputan yang terbesar setakat ini. Ini adalah satu kemenangan buat Unifi, yang merupakan pemain baru dalam industri telekomunikasi mudah-alih, tetapi dengan bantuan daripada pihak TM, mereka nampaknya telah berjaya untuk meningkatkan rangkaian mereka ke tahap dimana mereka boleh bersaing dengan nama-nama besar seperti Celcom dan juga Maxis dari segi liputan rangkaian.

55C2F229-3619-4848-B1DE-3814138B8782-950x326.jpeg.webp

Dari segi ketersediaan dan sambungan 4G pula, Celcom sekali lagi dilihat hadir dengan skor tertinggi, dimana di kawasan-kawasan yang dikatakan mempunyai sambungan 4G, rangkaian Celcom adalah yang paling stabil dan sentiasa boleh diakses berbanding dengan rangkaian-rangkaian lain.

99FCBA78-321C-42B1-B17E-C799DA703C06-950x326.jpeg.webp

Akan tetapi, dominasi Celcom berakhir di situ sahaja kerana dari segi kelajuan muat-turun dan muat-naik data, Celcom jauh ketinggalan di belakang kesemua syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain. Untuk suku ini, purata kelajuan muat-turun tertinggi dimenangi oleh Digi, dengan 13.3Mbps, dan Maxis di tempat kedua dengan kelajuan muat-turun 11.9Mbps.

0125B177-8E65-4514-9CF0-48A4267AB5B9-950x328.jpeg.webp

Jujur dikatakan bahawa walaupun liputan rangkaian 4G tempatan dilihat semakin baik, masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi ini untuk memastikan bahawa purata kelajuan muat-turun dan naik mereka ditingkatkan kepada tahap yang lebih memuaskan.

Program JENDELA memperlihatkan bahawa pada penghujung tahun 2022 kelak, purata kelajuan rangkaian 4G tempatan seharusnya pada kadar 35Mbps, dan setakat ini, kelajuan rangkaian masih lagi aspek yang paling mengecewakan rakyat Malaysia yang rata-rata kini memerlukan data yang pantas untuk tujuan pekerjaan dan pembelajaran dari rumah.

45D227D6-02C5-4762-8AB7-7A6E89AB8985-950x326.jpeg.webp

Digi juga dilaporkan hadir dengan kualiti dan kepantasan menstrim video yang lebih baik berbanding dengan syarikat-syarikat telekomunikasi lain, dan ini selari dengan kelajuan muat-turun pantas yang dirakamkan pada suku pertama tahun ini.

EF7D0A0C-6059-483A-AEBC-F7F83B7A3CD2-950x330.jpeg.webp

Kategori permainan permua atas-talian pula didahului oleh Maxis dan juga U Mobile, tetapi sama seperti isu kelajuan rangkaian, skor yang diterima, iaitu 57.3 dan 57.4 masih lagi berada dalam tahap yang sangat mengecewakan.

59F3B8BC-2C56-406F-9207-2514A1F5FDBC-950x326.jpeg.webp

Dengan penutupan rangkaian 3G pada penghujung tahun ini, panggilan audio juga dilaporkan adalah salah satu aspek yang diberikan penekanan penting. Didalam kategori ini, kesemua syarikat-syarikat telekomunikasi rata-ratanya mempunyai kualiti panggilan audio VoLTE yang cukup baik sekali.

Jika anda berminat untuk membaca mengenai butiran mengenai skor dan ujian yang dijalankan untuk menilai perkhidmatan-perkhidmatan telekomunikasi tempatan, anda boleh membaca mengenainya melalui laman web OpenSignal.

Sumber asal https://www.opensignal.com/reports/2021/04/malaysia/mobile-network-experience
 
UMobile Telco Paling "Perform" Di Malaysia

Baru-baru ini, Opensignal telah mengeluarkan laporan baharu mereka berkaitan pengalaman rangkaian mudah alih di Malaysia.Analisis tersebut dijalankan di beberapa kawasan di Malaysia yang melibatkan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Unifi dan Yes. Berdasarkan laporan itu, U Mobile satu-satunya syarikat yang menerima tiga anugerah daripada 7 kategori.

image002.jpg

Tiga kategori yang dimenangi U Mobile adalah kelajuan muat naik, pengalaman voice app dan pengalaman bermain permainan mudah alih terbaik.

image005.jpg

Namun, berhubung dengan pengalaman bermain, mereka sebenarnya berkongsi kedudukan bersama Maxis yang masing-masing menerima skor 57.4 dan 57.3.

image004.jpg

Dalam pada itu, Digi memintas Maxis dalam kelajuan muat turun dimana ia menerima peningkatan sebanyak 26.1% berbanding tahun lalu. Manakala kelajuan muat turun Maxis menurun sebanyak 17.5%.

image008.jpg

Sementara itu, Celcom masih lagi mengungguli dalam menyediakan ketersediaan rangkaian 4G di Malaysia. Meskipun begitu, jika anda pengguna U Mobile, adakah anda bersetuju dengan laporan ini?

Sumber - Siaran Akhbar Opensignal
 
Back
Top
Log in Register