BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cekup isteri curang

Mr DoN

Active+ Member
Messages
4,218
Joined
Dec 17, 2008
Messages
4,218
Reaction score
105
Points
33
Cekup bini makan luar

KUALA LUMPUR: Rahsia seorang wanita sering pulang lewat atau tidak pulang
langsung ke rumah terjawab apabila intipan dilakukan suaminya mendapati
isterinya curang dengan menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, berhampiran pusat perniagaan
Putra Bandar Menjalara, di sini, si suami yang berusia 30-an keluar mencari
isterinya berikutan tidak pulang ke rumah walaupun waktu bekerja hanya separuh
hari.

Menurut sumber, si suami bersama dua anak dikatakan terserempak isterinya sedang
bermesra dalam sebuah kenderaan di sebuah tempat letak kereta dan mula mengintip
gelagat mereka selama beberapa minit.

"Tidak tahan melihat gelagat intim isterinya, si suami memukulnya menggunakan
besi pengunci kereta.

"Ini menyebabkan berlaku pergelutan antara si suami dengan kekasih isterinya
menyebabkan si suami cedera sebelum dia meninggalkan kawasan itu," katanya.

Difahamkan, sebelum ini, si suami sering menasihati isterinya agar tidak
menjalinkan hubungan dengan kekasihnya berikutan lelaki itu juga sudah
berkeluarga.

Perasaan curiga si suami itu mula timbul selepas terbaca mesej `ayat cinta'
dipercayai dikirim kekasih isterinya itu menggunakan sistem pesanan ringkas
(SMS) dalam telefon bimbit isterinya.

Bagaimanapun, ia dinafikan dengan alasan tersalah hantar.

Berikutan kejadian itu, si suami membuat laporan polis di Balai Polis Kepong, di
sini.
 
~X(~X(..dunia..dunia...cerai kan jer...jgn jadi suami yg dayus..
 
malangnya kalau dapat isteri mcm tu.. minta juahkan la
 
kindda **** perempuan camni..adus..tolong jauhkan......!!!!
 
adessss... kalu aku, aku hentak dua2
 
ni kes aiskrim kot....
 
ceraikan lagi baik dari bergelar suami dayus
 
KUALA LUMPUR: Rahsia seorang wanita sering pulang lewat atau tidak pulang langsung ke rumah terjawab apabila intipan dilakukan suaminya mendapati isterinya curang dengan menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, berhampiran pusat perniagaan Putra Bandar Menjalara, di sini, si suami yang berusia 30-an keluar mencari isterinya berikutan tidak pulang ke rumah walaupun waktu bekerja hanya separuh hari.

Menurut sumber, si suami bersama dua anak dikatakan terserempak isterinya sedang bermesra dalam sebuah kenderaan di sebuah tempat letak kereta dan mula mengintip gelagat mereka selama beberapa minit.

“Tidak tahan melihat gelagat intim isterinya, si suami memukulnya menggunakan besi pengunci kereta.

“Ini menyebabkan berlaku pergelutan antara si suami dengan kekasih isterinya menyebabkan si suami cedera sebelum dia meninggalkan kawasan itu,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini, si suami sering menasihati isterinya agar tidak menjalinkan hubungan dengan kekasihnya berikutan lelaki itu juga sudah berkeluarga.

Perasaan curiga si suami itu mula timbul selepas terbaca mesej ‘ayat cinta’ dipercayai dikirim kekasih isterinya itu menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit isterinya.

Bagaimanapun, ia dinafikan dengan alasan tersalah hantar.

Berikutan kejadian itu, si suami membuat laporan polis di Balai Polis Kepong, di sini
 
ada lagi ppuan mcm ni ya ...

musnah
 
Back
Top
Log in Register