eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SEREMBAN: Ramai kalangan pengunjung Ekspo Agrotek Peringkat Negeri Sembilan 2009 yang berlangsung di Tapak Bekas Kem Paroi di sini terkejut kerana kebanyakan peniaga makanan dan bahan mentah yang dijual di situ mengenakan harga tinggi melebihi kadar biasa.
Beberapa pengunjung mendakwa harga makanan di beberapa gerai di tapak ekspo berkenaan melebihi kadar biasa, malah harganya sehingga dua kali ganda.
Pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Kudin, 42, berkata dia dan seorang rakan menjamu selera di sebuah gerai ‘sup gearbox’ petang kelmarin dan peniaga mengenakannya RM30 bagi dua mangkuk sup berkenaan.
Menurutnya, kadar itu melebihi paras harga biasa di restoran atau gerai di bandar ini iaitu RM7 semangkuk.