BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cekal jaga 'anak syurga'

The Maut

Super Active Member
Messages
8,335
Joined
Jul 19, 2019
Messages
8,335
Reaction score
175
Points
83
photo_2019-10-28_22-55-25_1572274641.jpg

HASLINAH yang menjaga empat anaknya menghidap autisme. FOTO NSTP

TIADA siapa dapat bayangkan betapa sukar dan rumitnya membesarkan empat anak autisme serentak dan lebih perit ia dilakukan bersendirian.
Ibu tunggal, Haslinah Abdul Hassan, 38, bukan sahaja terpaksa membesarkan zuriatnya tanpa suami selepas berpisah setahun yang lalu sebaliknya turut mengalami masalah kesihatan iaitu masalah gangguan hiperaktif defisit tumpuan (ADHD).
Masalah kesihatan itu menyebabkan Haslinah terpaksa mengikuti rawatan terapi cara kerja di Hospital Kuala Lumpur sejak setahun lalu.

Tiga anaknya iaitu Muhammad Nur Izat, 11; Putri Nur Alya Batrisyia, 7 dan Putra Nur Irfan Basir, 5, disahkan doktor mengalami ADHD dan autisme manakala, anak bongsunya, Putra Nur Izzudin Yusuf, 15 bulan pula turut mempunyai simptom masalah sama sejak berusia enam bulan.
Haslinah yang ditemui di rumah sewanya di Perumahan Awam Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur berkata, dia reda dengan nasib menimpa dan tetap meneruskan kehidupan demi masa depan anak-anaknya.
“Kekuatan saya kini adalah anak, justeru saya perlu reda dengan apa yang berlaku, berfikiran positif dan terus pandang ke hadapan serta mencari kawan dan kumpulan sokongan yang positif.
“Kalau bukan saya yang bantu mereka (anak), saya bimbang kelak mereka akan jadi lebih teruk dan tidak terkawal,” katanya yang berasal dari Sandakan, Sabah.
Katanya, dia sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana untuk menghadapi dugaan dan cabaran mendatang terutama ketika anak-anak makin membesar.
Haslinah yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) berkata, dia bersyukur kerana menerima pelbagai bantuan kewangan khususnya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Baitumal dan bantuan persekolahan anak-anak.
Menurutnya, tiga anaknya Muhammad Nur Izat, Putri Nur Alya dan Putra Nur Irfan masing-masing menerima bantuan persekolahan sebanyak RM150 sebulan sejak beberapa tahun lalu malah, ketiga-tiga mereka juga pemegang kad OKU (masalah pembelajaran).
“Ketiga-tiga mereka kini belajar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar malah, Putra Nur Irfan turut diterima masuk di Genius Kurnia (autisme), Jalan Sentul Perdana,” katanya.
Dalam pada itu, Haslinah berkata, dia juga memasang impian untuk membuka kedai jahitan pada masa depan dan tidak mahu lagi bergantung harap kepada bantuan kewangan.
“Saya sedar tidak punya masa langsung untuk bekerja kerana terpaksa menjaga anak-anak sepanjang masa disebabkan masalah kesihatan mereka. Setiap hari rutin saya adalah menguruskan anak-anak ke sekolah seawal 5 pagi sehingga 7 petang.
“Saya juga pernah terfikir untuk bekerja tapi doktor tidak mencadangkannya disebabkan masalah kesihatan yang dialami,” katanya.
Katanya, dia tahu anaknya tidak akan berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat universiti namun, sekurang-kurangnya keempat-empat anaknya akan berada bersamanya sepanjang masa.
Haslinah berkata, setiap bulan dia membelanjakan hampir RM2,000 sebulan bagi membeli barangan keperluan harian dan perbelanjaan sekolah anaknya.
“Kadang kala ia tidak mencukupi namun, tetap bersyukur kerana masih ada kawan dan kumpulan sokongan daripada kelab serta persatuan autisme yang membantu,” katanya.

LAKI MCM TU MEMANG JARI TGH LA!!!!!
ko sakit hati dgn bini, simpan sorg2..
anak2 ko, jaga la sama2..bkn tinggal mcm tu...
hanat punya jantan...
 
penah baca kisah di kat facebook. Memang ibu tunggal yang cekal. Bapaknya? ntah la. Tak kesian kat bini... kesian la kat anak anak
 
bapaknya?
jantan dayus, x guna..
ce.laka...
benci sungguh aku dgn jantan mcm tu..
memalukan kaum lelaki..
 
zaman lani masa suka boleh duk

masa susah larikan diri

tu la..sakit hati..
dia nk merajuk dgn bini, terpulang.
tp anak2? tu tggjwb smpai akhirat tu akan d tnya..
x kesian ke tgk bini, anak2 bersusah mcm tu..
sumpah aku xleh hadam jantan hati kering mcm tu..
 
bapaknya?
jantan dayus, x guna..
ce.laka...
benci sungguh aku dgn jantan mcm tu..
memalukan kaum lelaki..
bini ambe citer.. sebelum cerai tu... duk lepak di studio muzik ye je.. tak mboh balik rumah langsung jengok anok bining.
 
bini deme kenal je jantan dayus tu?
kalu prangai belum cerai pun gitu, memang bodoooo la..
 
Back
Top
Log in Register