BTC USD 81,768.0 Gold USD 4,133.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CCTV dilarikan perompak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Lin menunjukkan barang yang berselerak di atas lantai selepas rumahnya dirompak, semalam.
< 1 / 1 >
PONTIAN - Menyedari gerak geri dirakam, empat perompak yang bersenjatakan pisau pemotong daging bertindak melarikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika melakukan rompakan di sebuah rumah di Pulai Sebatang, pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Lin, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suaminya yang kebetulan berada berdekatan dengan pintu rumah dikejutkan dengan kehadiran empat perompak yang mengacukan senjata.

“Kedua-dua belah tangan suami saya diikat menggunakan tali pengikat plastik.

“Saya bersama lima orang anak dan ibu mertua kemudiannya disuruh ke bilik belakang, kami diminta senyap dan mengugut akan dicederakan sekiranya tidak mengikut arahan,” katanya.

Menurutnya, seorang perompak berkenaan bertindak mengawasi mereka sekeluarga manakala tiga lagi terus menyelongkar almari dan setiap sudut di dalam rumah.

“Semua bilik diselongkar, habis semua pakaian dan barang-barang berselerakan di atas lantai.

“Saya dan suami tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang berlaku kejadian yang lebih buruk lagi selain memikirkan keselamatan ahli keluarga lain,” katanya.

Menurut Lin, setelah selesai melakukan rompakan, perompak terbabit baru tersedar rumah mereka memiliki CCTV yang dipasang di dalam dan luar rumah.

“Perompak itu terus bertindak membawa lari kotak CCTV yang diletakkan di salah sebuah ruang di dalam rumah.

“Selain itu, mereka turut membawa lari barang kemas yang dianggarkan bernilai ribuan ringgit,” katanya.

Walau bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan pengesahan pihak polis gagal.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/cctv-dilarikan-perompak-1.191929
 
bahan bukti dah tak der, sukar pihak polis utk buat pengecaman...
 
abis sudah...tp rumag khairi laju jer dpt perampoknya:))
 
xbole ke sume pengeluar cctv pasang kamera sorok2..ni nk jgk tunjuk orang tu ada cctv
 
nie mcty plan nk msok again nie..hehee
 
Back
Top
Log in Register