BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CCTV AI Bukan Perkara Baharu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
12.07.2023 - Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan pelaksanaan sistem kamera litar tertutup dengan kecerdasan buatan (CCTV AI) di persimpangan lampu isyarat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bukan perkara baharu. Menterinya, Anthony Loke berkata, pelaksanaan CCTV AI itu sudah diluluskan untuk dilaksanakan sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan lagi.

“Sistem itu diperkenal sebagai langkah ‘proof of concept‘ (bukti konsep),” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan laporan tular mengaitkan JPJ yang kini sedang memasang sistem berkenaan di persimpangan lampu isyarat di seluruh negara bagi mengesan kesalahan lalu lintas oleh pengguna jalan raya secara lebih jelas. Media sebelum ini melaporkan, CCTV AI itu kini mula dipasang di persimpangan lampu isyarat Jalan Pujut Miri, berhampiran Bintang Megamall, Miri, Sarawak awal bulan ini.

Difahamkan, CCTV AI itu mampu merakam kesalahan trafik dengan lebih teliti termasuk mampu merakam pergerakan had laju, nombor pendaftaran kenderaan, termasuk kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Dilaporkan juga, data itu akan diserahkan kepada polis atau JPJ untuk tindakan undang-undang sekali gus membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat kecuaian tidak mematuhi lampu isyarat.
1689691668740.png
 
Berita Sebelum ..

Pemasangan CCTV AI Di Lampu Isyarat Jalan Pujut Miri Bantu Rakam Kesalahan Trafik Lebih Teliti

Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) 'Artificial intelligence' (AI) atau kecerdasan buatan di lampu isyarat Jalan Pujut Miri berhampiran Bintang Megamall mampu merakam kesalahan trafik lebih teliti. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata hampir 80 peratus kemalangan adalah disebabkan kecuaian manusia yang gagal mematuhi peraturan trafik.

"Pemasangan CCTV AI ini mampu merakam pergerakan had laju, nombor pendaftaran kenderaan, kesalahan dilakukan termasuk menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Semua data ini akan diserahkan kepada Polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan undang-undang kerana kita mahu pemandu mematuhi peraturan jalan raya," katanya semasa melancarkan CCTV AI di sini pada Selasa.

Kementeriannya juga akan menggunakan rakaman atau data ini untuk kajian dan tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

"Kita menyedari faktor sikap dan kecuaian manusia antara penyebab utama berlaku kemalangan jalan raya dan sikap ini perlu diubah," tegasnya.

Menurutnya, memandu melebihi had laju, menukar lorong tanpa isyarat, memecut semasa lampu merah dan mengguna telefon bimbit semasa memandu antara penyumbang kemalangan. ADUN Senadin itu mengakui jalan berkenaan kerap berlaku kemalangan kerana kecuaian pemandu tidak mematuhi lampu isyarat.

"Sangat mudah kita mengesan pemandu yang melalukan kesalahan di jalan ini menerusi CCTV IA kerana semua data atau bukti ada di dalam rakaman ini," katanya.

Beliau mengambil contoh terdapat seorang pemandu melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat dalam satu minggu dan nombor pendaftaran kenderaan itu juga berjaya dirakam. Sehubungan itu, Lee memohon agar pemandu jalan raya mematuhi peraturan trafik kerana hampir semua lampu isyarat di Miri telah dipasang CCTV. Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dan Ketua JPJ Cawangan Miri, Fifi Suhesty Hasmuni serta yang lain.​


 
Back
Top
Log in Register