ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Zambry (tengah) meletak logo ASB2 sebagai simbolik perasmian Pelancaran ASB2 Peringkat Negeri Perak, semalam.
IPOH – Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) mencatatkan jualan melebihi 1.07 bilion unit dalam tempoh tiga bulan sejak dilancarkan April lalu.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah yang direkodkan setakat 15 Ogos lalu dilanggan lebih 53,345 pemegang unit daripada pelbagai peringkat usia.
“Kalau dibandingkan dengan produk-produk PNB sebelum ini, makan masa juga untuk cecah ke angka 1 bilion unit, namun untuk ASB2 ini, kita telah capai walau hanya dalam tempoh empat bulan.
“Ini menggambarkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota masyarakat, malah lebih 10 peratus daripada saiz dana ASB2 berjumlah RM10 bilion unit telah menarik minat masyarakat khususnya Bumiputera,” katanya selepas Pelancaran ASB2
Peringkat Negeri Perak di sini, semalam yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Menurut Hamad Kama Piah, ASB2 merupakan instrumen yang dirangka sebagai usaha memperkasa ekonomi masyarakat Bumiputera sama ada secara individu atau keseluruhannya.
“Dana berharga tetap iaitu RM1 per unit itu dibuka untuk langganan bumiputera seawal usia enam bulan dengan pelaburan minima RM10.
“Malah PNB turut memberi insentif 10 unit percuma bagi setiap pendaftaran sehingga 31 Disember ini. Setakat Julai lalu, PNB berjaya mengumpul pelaburan hampir 187.46 bilion unit bagi kesemua 10 dana unit amanah di bawahnya, membabitkan 12.02 juta pemegang akaun,” katanya.
Hamad Kama Piah berkata, sejak pelancaran unit sulung Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 1981, PNB telah mengagihkan RM116.69 bilion kepada pemegang saham.
“PNB mempunyai 12.62 bilion unit atau mewakili 10 peratus daripada keseluruhan dana yang digembleng PNB,” katanya.
Menurutnya, bagi memastikan lebih ramai masyarakat Bumiputera menyertai ASB2, had langganan maksimum ditetapkan pada 50,000 unit bagi setiap pemegang Akaun Bijak dan RM200,000 unit bagi setiap pemegang Akaun Dewasa.