BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cat Merah Salah Sasaran

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Cat merah salah sasaran
4 Disember 2013

image.jpg

Cat merah salah sasaran Abd Jamil (dua, kanan) menunjukkan kesan limpahan cat kepada Gunasekaran, Aminuddin dan Mohd Taufek yang melawat di rumahnya.

SENAWANG – Baru sebulan mendiami rumah yang dibeli secara lelong, satu keluarga di Taman Desa Ixora Fasa 2, dekat sini, terkejut apabila hadapan rumah teres dua tingkat berkenaan disimbah cat merah.

Kejadian disedari kira-kira 6.30 pagi, Sabtu lalu oleh pemilik rumah terbabit, Abd Jamil Zakaria, 63, sebaik saja keluar daripada rumah.

Menurut Abd Jamil, dia sekeluarga terkejut apabila mendapati bahagian hadapan rumah disimbah cat berkenaan.

“Habis semua pintu, lantai dan dinding rumah disimbah cat. Kereta saya juga terkena simbahan cat itu,” katanya.

Menurut pesara Telekom itu, rumah berkenaan baru didiaminya bersama keluarga sebulan lalu.

“Saya baru berpindah di sini. Sebelum ini saya tinggal di Taman Kosas, Ampang. Tak sangka pula, rumah yang baru saya beli dengan harga lelong RM140,000 berhadapan situasi sebegini," katanya.

Dia percaya simbahan cat berkenaan bukan ditujukan kepadanya atau keluarga, sebaliknya mungkin tersilap sasaran.

“Rumah ini saya sudah langsaikan bayarannya secara terus dan tidak melalui sebarang proses pinjaman. Saya langsung tidak mempunyai hutang dengan sesiapa," katanya.

Sehubungan itu, Abd Jamil pihak-pihak berkenaan tidak bertindak sesuka hati menganggunya sekeluarga.

"Jika pihak berkenaan mahu berjumpa dengan saya, saya sudi untuk bersemuka," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Senawang, dekat sini kelmarin.

Menurut Abd Jamil, berikutan kejadian itu, dia kerugian hampir RM3,000.

Terdahulu, Abd Jamil menerima kunjungan Adun Senawang, P.Gunasekaran; Adun Sikamat, Aminuddin Harun dan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani.

Gunasekaran berkata, pihak berkuasa diminta menggandakan rondaan di sekitar kawasan berkenaan demi menjaga keselamatan penduduk.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/cat-merah-salah-sasaran-1.227183
 
susah gak kalu bdegil tak puas ht ttg umah lelong. mcm rumah akak suar ketat jer ni. :p bukan eh
 
wow...kena simbah cat bole sampai 3k rugi?

yg tukang simbah pon mainikut sedap je.... langsung takde recce sapa tuan rumah...
tapi murah la rumah 140k je..double storey kan? .... atau memang rege camtu kat seremban?
 
wow...kena simbah cat bole sampai 3k rugi?

yg tukang simbah pon mainikut sedap je.... langsung takde recce sapa tuan rumah...
tapi murah la rumah 140k je..double storey kan? .... atau memang rege camtu kat seremban?

“Habis semua pintu, lantai dan dinding rumah disimbah cat. Kereta saya juga terkena simbahan cat itu,” katanya.

betul dah tu, lebih kurang 3k kos, kan semua barang mahal sekarang :D

nak cat balik umah, nak cuci lantai tiles tu, nak spray balik kete, tah2 lebih 3k

tu kan umah lelong, bukan umah beli baru, rege 140k kira dah ok, kat melaka ni rumah lelong single storey, bawah 50k pun ada lelong, kat ipoh kawan aku beli umah lelong 2 biji, satu flat dan satu single storey guna kredit kad je, tak ke haru :D
 
dekat dah dengan area aku ni
 
org melaka ke bro? aku pon tgh survey rumah kat melaka ni.

uishhh...tak terpikir aku beli rumah pakai credit card. :D
 
Back
Top
Log in Register