ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
CASIO Malaysia Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Casio Computer Co Ltd (Casio) yang ditubuhkan di Malaysia, baru-baru ini, memulakan aktiviti jualan dan pemasaran, seiring dengan usaha syarikat itu untuk mengembangkan perniagaan Casio di rantau Asean.
Casio dalam satu kenyataan memaklumkan, Casio Malaysia ditubuhkan untuk menjual produk yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia dan hasil kerjasama Casio dengan pengedarnya, syarikat itu berjaya membina hubungan kerja yang erat sekali gus memudahkan syarikat itu untuk menjalankan aktiviti promosi jualan dengan berkesan.
Menurut Casio, eksport kalkulator ke rantau ini bermula pada 1970-an dengan jualan dan pemasaran dijalankan menerusi rangkaian pengedar Casio.
"Sejak 2000, Asean merupakan pasaran utama bagi Casio, berdasarkan jumlah penduduknya yang mencecah 500 juta orang. Jadi Casio Singapore Pte Ltd ditubuhkan pada 2001, disusuli penubuhan pejabat wakil Casio di Indonesia pada 2011.
"Ini adalah selaras dengan usaha Casio untuk membina dan memperkukuh pangkalan jualannya di rantau Asean untuk mengembangkan perniagaan di sini," menurut syarikat itu.
Menurut Casio, operasi pejabat wakil Jakarta dan Casio Malaysia terletak di bawah tanggungjawab Casio Singapore.
"Ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti jualan yang berkesan di ketiga-tiga negara, malah menyerlahkan kecekapan operasi setempat.
"Casio berharap untuk mencapai jualan 30 bilion yen (RM950 juta) di rantau Asean menjelang tahun kewangan 2016," menurut kenyataan itu.