BTC USD 83,356.5 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Carigold VideoGraphy Club

bagus bagus...videography nie aku minat....thanks TT kerana bukak thread..

aku takder vid cam..jadi insyaALLAH tangkap satu handycam..

nak? aku ada HV20... lagenda, pemula trend DOF adaptor. Komuniti pengguna pun besar kat internet (www.hv20.com). PM kalau minat.
 
menarik ni, ada sesape yg mahir main AE kat sini?
 
:-?:-?

DOF adaptor?...

video elektronik tidak kira analog atau digital untuk dipaparkan di televisyen tidak memerlukan resolusi yang tinggi, sekitar 0.4MP, tak sampai 1 megapiksel pun (cth : untuk kegunaan di televisyen)

Makanya, sensor untuk video tidak perlu bersaiz besar.

Faedahnya, saiz kamera jadi kecil, kos membuat lensa jadi murah (kerana saiz satah imej adalah kecil), dsb.

tapi videografi juga tertakluk kepada hukum fizik optik sama seperti fotografi.

saiz sensor yang kecil membuatkan perceived depth of field menjadi luas. Nisbah kawasan yang in-focus berbanding saiz keseluruhan frame adalah besar. Jadi ilusi bokeh sukar dihasilkan di dalam kamera video.

Ini berbeza dengan kamera filem untuk wayang, kerana mereka masih menggunakan filem dalam saiz 35mm (sama macam filem SLR tapi mereka guna secara menegak/vertical dan roll mereka panjang).





Bila HV20 dikeluarkan, dengan keupayaan untuk 24 frame sesaat dalam mod progressif, ia sudah memiliki hampir semua ciri yang diperlukan untuk menghasilkan kesan seakan-akan filem wayang (cinematic motion picture). Yang kurang cuma tinggal satu, saiz sensor yang cukup besar dan juga interchangeable lens socket.

jadi pembuat filem amatur (baca : yang kurang duit) membuat satu workaround.

mereka letak focusing screen di hadapan lensa handycam hv20, fokuskan handycam kepada focusing screen.

kemudian mereka letak lensa SLR di hadapan focusing screen.

ini menghasilkan ilusi bokeh dan DOF sempit.

walau bagaimana pun, saiz sensor HV20, Hv30 dan keturunannya besar sikit dari saiz yang biasa.... aku pun dah tak ingat, tapi rasanya 2/3" berbanding saiz biasa 1/3", kalau tak salah. Filem 35mm lebih kurang 4/3", boleh periksa sendiri untuk maklumat yang tepat. Semua ukuran secara diagonal.



http://www.youtube.com/watch?v=q2zBT9jMoyM





contoh movie menggunakan DOF Adaptor + HV20 :

http://www.youtube.com/watch?v=0QU-CC4p2f8&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=XW2WSTd21OY

http://www.youtube.com/watch?v=iYG1v8zUcT0

http://www.youtube.com/watch?v=fxRNXF0PAl4

http://www.youtube.com/watch?v=X11u0zU49iw

http://www.youtube.com/watch?v=QLaVOiRZBoY

http://www.youtube.com/watch?v=6YCbuc__bXY

http://www.youtube.com/watch?v=mVBsUkgLBys&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=vC-lu0vrJyU












HV20 tanpa DOF/35mm Adaptor :

http://www.youtube.com/watch?v=ACVZp-UMD0Y&feature=related


http://www.youtube.com/watch?v=t-9bHsgjZDs&feature=related


http://www.youtube.com/watch?v=YHyIST8ZOlM
 
panjang bukan untuk menangkap bunyi jauh atau dekat.

panjang kerana hendak membatalkan bunyi yang tak dikehendaki dari keseluruhan bunyi yang ditangkap.


dalam condensor mic yang panjang, ada lebih dari satu mikrofon sebenarnya.

mikrofon utama terletak di hadapan.
mikrofon sekunder terletak di tepi (kiri & kanan).
mikrofon tertier, jika ada, terletak di belakang.

mikrofon sekunder dan tertier diletak di tepi dan belakang untuk menangkap bunyi persekitaran.

mikrofon utama, menangkap bunyi dari subjek YANG TERMASUK sekali dengan bunyi persekitaran.

signal sekunder dan tertier disongsangkan kekutubannya dan di-impose ke atas gelombang utama, jadi bunyi persekitaran akan dibatalkan dari signal utama.



Ini juga sebabnya kenapa condensor mic diguna dalam konfigurasi boom, iaitu menembak ke tanah dari posisi tinggi.

kerana tanah tidak membalikkan apa-apa bunyi melainkan dari langit dan jarang pula ada bunyi dari langit.

apa hingar (bunyi tak dikehendaki) yang masuk di mikrofon utama, hanyalah dipantulkan dari tubuh subjek (tidak banyak), ini membenarkan konfigurasi mikrofon sekunder yang lemah pembawa signalnya (menangkap hingar yang benar-benar kuat).


akhirnya bunyi jadi "bersih", hanya suara subjek yang kedengaran... bila diperkuatkan signal tersebut, tidak terdengar hingar.

maksud aku menerangkan panjang lebar ni, sebab ini kekeliruan yang sama yang orang ada bila mereka katakan lensa yang panjang untuk ambil gambar "jauh". Paradigma yang betul dan lebih memanfaatkan adalah dengan memikirkan dan mengatakan bahawa lensa yang jarak fokalnya lebih panjang adalah untuk menghasilkan gambar yang sudut pandangannya lebih sempit. Ada bezanya, malah jika ditelusuri dengan cermat dan teliti, banyak perbezaannya.







------------------------------------------------------------


aku tak main video, tapi aku ikuti juga perkembangan dunia video, pernah nak bikin DOF converter untuk HV20.

dalam klip youtube tu, pakai stabilizer apa? tripod? flycam? kena praktis lagi tu sebab nampak jelas waktu pusing 90 darjah tu kamera pusing terlebih/terkurang.

untuk shot suspense macam tu, rasa lagi elok kalau buat rig jenis macam roda stering. cuba cari pelan kat instructables.com untuk buat stering guna paip PVC. Tapi cameraman berpeluhlah ketiak nak pegang lama-lama. Flycam pun penat juga.


wow....seriously mmg byk gile info aku dpt dr bro...

slameni igtkn yg pnjang itu bagus..rupenye xde effect tangkap lebih pn...tp oke la sbb ak rse condenser mic ni suite dgn khendak aku..

ttg rig tu, aku x pkai rig..manual hand jer..nmpak shaky sket..tfikir jgak nk wt rig sndri tp tools plak xde..rig kt lowyat mhl sgt tu..smpai 15k..utk starting bajet rndah sket la..sbb tgk kt jag35 pn rig jual dlm ratus2 usd even ade hand rig pn murah sket dr shoulder rig..

skng ni tgh fkir cmne nk modified gorillapod aku tu jd rig..sbb gorillapod tu flexible kakinye so mcm bole buat..tmbah external monitor sket..tebuk2 sket ltak weight sket maybe bole..hehe just an idea..

bro thx la sbb join thread nie..rase bangge lak ade senior kt sini bole mengaja mcm2.. :D
 
aku nie tadak videocam pon
bule join tak?

lama gak dah dok follow bidang nie
aritu penah diy nak buat camera stabilizer ala2 hauge punya
last2 terbengkalai camtu saja haha :D


join ja bro...knowledge tu lg pntng..video cam tu 2nd pnting..da ade knowledge bru sng nk prektik.hehehe...wahh rmai jgak org dok DIY rig utk cam nie... :)
 
wow....seriously mmg byk gile info aku dpt dr bro...

slameni igtkn yg pnjang itu bagus..rupenye xde effect tangkap lebih pn...tp oke la sbb ak rse condenser mic ni suite dgn khendak aku..

ttg rig tu, aku x pkai rig..manual hand jer..nmpak shaky sket..tfikir jgak nk wt rig sndri tp tools plak xde..rig kt lowyat mhl sgt tu..smpai 15k..utk starting bajet rndah sket la..sbb tgk kt jag35 pn rig jual dlm ratus2 usd even ade hand rig pn murah sket dr shoulder rig..

skng ni tgh fkir cmne nk modified gorillapod aku tu jd rig..sbb gorillapod tu flexible kakinye so mcm bole buat..tmbah external monitor sket..tebuk2 sket ltak weight sket maybe bole..hehe just an idea..

bro thx la sbb join thread nie..rase bangge lak ade senior kt sini bole mengaja mcm2.. :D

untuk stabilizer pakai paip besi galvani tu sudah...

dekat instructables.com ada banyak plan untuk stabilizer.

cari yang pakai paip besi + ball bearing.

kat forum HV20 tu lagi banyak, kau nak dolly, crane semua ada.

siapkan hardware sajalah, mesin welding, grinder, dll.
 
Back
Top
Log in Register