BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Carian Ahli Bagi Group E-Trader (Outsourcing)

up2date

Super Active Member
Messages
6,997
Joined
Aug 23, 2009
Messages
6,997
Reaction score
0
Points
60
Di sini saya ingin membuat grouping untuk E-Trader.

E-trader yang saya maksudkan bukanlah untuk pertukaran matawang asing. Tetapi saya ingin menjemput mereka yang SERIUS dalam menjalankan outsourcing dan pengurusan online dari segi mencari produk fizikal mengikut permintaan pasaran dar i segi end-user ataupun wholesaler.

Kita akan sama-sama outsource produk dari luar negara seperti China, Thailand, Korea dan sebagainya bergantung pada permintaan & harga. Kita akan sama-sama berkongsi tenaga dan masa.

Golongan yang paling dialu-alukan adalah seperti peminat Home Business, mereka yang suka dan kebanyakan masa online, mereka yang ingin memulakan perniagaan import kecil-kecilan dari luar negara.

Kita akan sama2 mengiklankan produk yang kita 'outsource' dan membantu pemasaran masing-masing.

Tiada yuran memandangkan ini hany sebagai 'Grouping' bagi usahawan2 atau bakal usahawan kecil.

Sekiranya berminat anda juga boleh melawati Facebook Group E-Trader atau melayari Salah Satu Web Promosi Permulaansaya ini bagi mendapatkan gambaran secara kasar.

Saya baru dalam mulakan pemasaran barang kualiti Grade AAA, barangan tempatan keluaran bumiputera dan sebagainya. Walaupun begitu, saya sudah ada 'trusted supplier' dari luar negara yang dapat menyediakan pelbagai produk.

Oleh kerana saya ingin meluaskan lagi outsourcing produk bagi mempelbagaikannya dari segi kualiti dan harga, oleh sebab itu saya mendapat idea untuk membina group ini. Supaya apabila ada permintaan, kita akan sama2 mendapatkan pembekal bagi tujuan drop ship dan sebagainya. Dan mereka yang medapatkan pembekal dengan tawaran terbaik akan dapat menguruskan tempahan barangan tersebut.

Sila hubungi saya di [email protected] dengan segera sekiranya berminat.

Selama ini biasanya orang kita sendiri hanya bekerja individu apabila menjalankan perniagaan online seperti ini. Tapi kadang-kala pasaran mereka tidak seluas orang yang bergabung untuk tujuan sebegini. Jadi marilah kita sama2 bekerjasama dalam mencapai matlamat sebagai usahawan ini :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register