BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cari saksi dua kemalangan maut

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
SHAH ALAM: Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua kemalangan maut dalam kejadian berasingan pada 25 Mei dan 30 Julai lalu supaya tampil bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pertama di Persiaran Jubli Perak selepas lampu isyarat CSR, seorang penunggang motosikal bernombor pendaftaran BJH 260 melanggar belakang sebuah Naza Ria bernombor pendaftaran WPQ 7438 sebelum terpelanting ke kiri jalan dan digilis lori beras.

Mangsa, P Visvanathan, 37, parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebelum disahkan meninggal dunia jam 2.49 pagi keesokannya.

Manakala dalam satu lagi kes di Persiaran Jubli Perak berhampiran susur masuk Persiaran Perusahaan membabitkan sebuah motosikal dengan lori besi panjang.

Kejadian berlaku jam 3.25 petang dan mangsa, Mohd Helmi Saari, 29, maut ketika dalam perjalanan ke HTAR selepas motosikal jenis Honda Wave bernombor pendaftaran BHP 6642 yang ditunggangnya terbabas.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhd Abdul Hafiz Sariee di talian 014-8605051 atau Rakan Cop 03-21159999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan.

mymetro online news.
 
Back
Top
Log in Register