BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cari saiz coli guna iPhone

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Los Angeles: Mencari saiz coli yang betul sering menjadi masalah di kalangan wanita, termasuk mereka yang sering membelinya.

Dengan terlalu banyak pilihan di pasaran dengan coli pelbagai bentuk, gaya dan saiz, tidak mengejutkan apabila hasil kajian baru-baru ini mendapati 85 peratus wanita memakai coli yang silap saiz.


Bagaimanapun, aplikasi baru, rekaan saintis NASA mendakwa dapat menyelesaikan masalah itu dengan mengira saiz coli seorang wanita hanya dengan mengguna iPhone.

ThirdLove yang sudah menarik pelaburan berjumlah RM17 juta daripada pelabur, berfungsi dengan merakam dua gambar pengguna mengguna coli.


Aplikasi itu kemudian menyiarkan data tiga dimensi daripada gambar dua dimensi yang dirakam anda dan mengira ukuran coli yang tepat.


Dengan menggunakan suara latar wanita, aplikasi itu kemudian mencadangkan coli dan seluar dalam yang perlu anda beli yang mereka dakwa akan muat seperti anda memakai sarung tangan.

Aplikasi itu diasaskan oleh Dave Spector dan saintis kanan NASA Ara Nefian. - Agensi
 
teringat citer cine yg dua org lelaki kena keje dalam bidang nih....

last2 je diaorg dah expert...tengok je dah taw jenis, size , dan kesesuaian
 
85 peratus wanita memakai coli yang silap saiz.

biasala tu..pakai yg kecik sikit utk upkan breast tu
 
byk gmba tek dlm iphone para wanetha pasni..:))
 
teringat citer cine yg dua org lelaki kena keje dalam bidang nih....

last2 je diaorg dah expert...tengok je dah taw jenis, size , dan kesesuaian

:o mesti dia mengkagumkan dan memalukan...:))
 
adkh ia akn mlibatkan gmbr..:p
pepun teknologi semakin rapat dgn manusia,smpi tanpa I-Phone xpki Coli..:)paid
 
Back
Top
Log in Register