BTC USD 63,131.9 Gold USD 1,781.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanted Cari perawat islam

kaseh

Freshie
Joined
Mar 10, 2019
Messages
4
Reaction score
0
Points
3
Salam,
Aku nak minta tolong kalau ada sesiapa yang tahu perubatan islam yang boleh musnah sihir yang jahat. Adik aku dah hampir 10 tahun dikuasai oleh seorang perempuan tua umur hampir 60 tahun. Selama itulah juga aku berubat tapi semuanya tidak berjaya. Adik aku makin hari makin liar. Asyik ikut aje cakap ppuan tua tu. Sampai tak nak solat, tak boleh masuk surau dan masjid. Adik aku ikut aje cakap ppuan tua tu. Sampai harta benda semua letak nama ppuan tua tu. Tahun lepas dia cuba hibah rumah pada nama ppuan tua tu. Nasib baik aku cepat cantas. Aku mengamuk dengan ppuan tua tu. Duit gaji adik aku 10 sen pun tak ada. Family kat kampung pun dia tak peduli lagi.
Aku dapat tahu ppuan tua tu ada bela khadam berusia 1000 tahun yang akan ikut adik aku mana saja. Ppuan tua tu selalu tambah ilmu dia pada adik aku dan mereka ni mcam dah buat perjanjian guna darah sehidup semati. Sebab ramai ustaz dan ustazah cakap macam tu dan tak boleh buat. Malah ada yang langsung tak ada kesan langsung.
Adik aku boleh dengan bangga bagitahu kawan-kawan dia yang dia tahu aku sedang usaha utk ubat dia. Tapi dia kata sambil ketawa tak ada siapa pun di dunia ni yang boleh pisahkan mereka.
Ppuan tua tu pulak dulu bukannya cantik tapi adik aku cakap cantik jelita. Tapi sekarang aku tengok ppuan tua ni dah macam orang muda dan cantik. Yang boleh tengok secara batin tahulah muka ppuan tua tu macam jenglot.
Sekarang ni ppuan tu dah mula nak ganggu family kami pulak. Dia cuba nak pengaruh dan perbodohkan ahli keluarga yang lain. Dulu kami dah larang dia dtang rumah kg tapi sekarang adik aku dah berani melawan kami dan bawa ppuan tua tu sekali. Adik aku tu dah macam tak hormat family lagi. Dia asyik nak jaga hati ppuan tua tu.
Aku tahu ppuan tu ada tujuan. Dia nak tanah yang family bagi kat adik aku.
Aku nak cari orang yang boleh betul-betul tolong adik aku ni. Sebab dari cara adik aku ni, dia memang takkan nak ikut berubat. Aku nak musnahkan asal-usul ilmu ppuan tua tu sekali.
 
Sponsored Post

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
13,004
Reaction score
749
Points
161
KONSEP RAWATAN ISLAM
1. Keperluan kepada rawatan Islam
2. Syarat-syarat untuk menjadi seorang perawat
3. Sifat perawat
4. Skop perawat
5. Keyakinan perawat
6. Bayaran rawatan
7. Rawatan sebagai bidang professional
8. Kesalahan-kesalahan dalam rawatan
9. Persiapan bilik rawatan
10. Persiapan sebelum merawat
11. Kaedah penyediaan air penawar/ruqyah
12. Kaedah memulakan rawatan

PEMERIKSAAN / DIAGNOSIS GANGGUAN
1. Kemampuan membaca teks deklarasi
2. Teknik gantung tangan
3. Teknik 18-81
4. Scanning secara memegang besi/pen rawatan
5. Teknik jari telunjuk
6. Teknik ruqyah
7. Teknik batuk/sendawa
8. Teknik menulis/melukis

RAWATAN
1. Teknik dakwah dan tanzir
2. Teknik dialog kerasukan
3. Teknik baling
4. Teknik pukulan dengan serban
5. Teknik rotan objek
6. Teknik kembara dan rawat
7. Teknik rawatan tanpa sentuh
8. Teknik mengambil barang sihir
9. Teknik ta’awuz
10. Teknik serkupan serban
11. Teknik tikam

MENYELESAIKAN RAWATAN
1. Teknik mengeluarkan jin dengan serban
2. Teknik mengeluarkan jin dengan transit botol
3. Teknik mengeluarkan jin secaraterus (direct flight)
4. Teknik muntah
5. Teknik cekik
6. Teknik Bakar Batu Bata
7. Teknik bunuh
8. Teknik tidurkan jin
9. Teknik sedarkan pesakit
10. Teknik mandian
11. Arahan amalan dan zikir bagi pesakit

MEMBENTENG DIRI DARI GANGGUAN JIN
1. Kepentingan zikir
2. Memagar rumah dan kediaman
3. Melemahkan jin
4. Berlawan dalam mimpi
5. Saranan zikir bagi serangan sihir
6. Saranan zikir bagi saka
 

eeiihh

Active+ Member
Joined
Nov 23, 2010
Messages
2,540
Reaction score
19
Points
40
wow... mcm kronik, masalah dia adik hang tu mmg syg benda tu.. payah kat situ

kalau hang area selangor, boleh pm aku na..
 

odin_kaa

Active Member
Joined
Dec 29, 2012
Messages
1,533
Reaction score
243
Points
43
InshaaAllah semoga usaha TT dipermudah Allah SWT ... bagi yang mengamalkan kesyirikan bawa bawalah bertaubat sebelum bertemu ajal
 

opin

Active+ Member
Joined
Apr 4, 2012
Messages
2,916
Reaction score
192
Points
43
test rukyah lah tt, kat kuang ada pusat perubatan akrine.
 

eusahawan

Active Member
Joined
Jan 3, 2007
Messages
1,249
Reaction score
94
Points
30
Salam Tuan ....

cuba text wsap : 081345317535

cara perubatan beliau :
 

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,049
Reaction score
2,964
Points
201
kalo ikutkan TT cerita...dah buat perjanjian darah memang susah nak lepas...

tp TT satu saja saya nak pesan...tak ada penyakit atas dunia ini tidak dapat sembuh kecuali MATI...

jadi TT perlu usaha dan usaha cari perawat islam...

dah cuba dengan ustaz sharhan...kalo TT area selangor...

lagi satu untuk membenteng diri TT dan keluarga...TT dan keluarga usaha untuk membaca surah al baqarah setiap hari...habiskan 1 surah setiap hari...dan usaha kan untuk menghafal surah al baqarah...

insya Allah...walau sehebat mana pun janji jin dgn manusia itu...pasti dia akan kepanasan jika TT dan sedara mara TT setiap hari mengamalkan surah al baqarah...

wallhuhalam
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register