BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cari Partner & Info- Bisnes Printing

Bengkel silkscreen pada hari Sabtu atau Ahad bergantung pada production kita. Kita tak ambil ramai. Kuota 4 orang je satu sesi. Tahun lepas kita buka bengkel sekali je sebulan. Tahun ni kita tengok, kalau ada yang betul-betul nak belajar, kita open jek...

Design kita tak ajar. Itu kena belajar adobe. Tapi kita bagitau la camne nak buat artwork utk silkscreen. Freehand drawing pun boleh (dulu den tak tau buat design guna marker pen je la).

Web kita tak ajar. Banyak laman web free sekarang ni (dulu den mengajar gak buat laman web - dah 4 tahun tak buat).

Kalau nak tau pasal banner tu simple jer. Dalam ai (illustrator) atau corelDraw, buat design pada actual size. Kalau banner 4kaki X 10kaki, dalam ai convert sekaki darab 12inci. Bermakna actual drawing nanti dalam ai 48inci X 120inci. Sebab tu kalau pelanggan buat design sendiri dalam saiz A4 bila kita scale up dia jadi pecah-pecah.

Lepas dan buat dalam actual size tu, export jadikan ke format TIFF. Dah ready. Dari TIFF ni dia akan diconvert lagi kepada inkjet punya format (bergantung pada jenis inkjet la). Sebab tu kalau belajar brand German nak run mesin Cina tak match. Jadi, memang supplier akan ajar. Kalau diorang tak ajar jgn beli mesin tu (tapi design diorang tak ajar la).

Berbalik pada silkscreen;

Den buat biz ni dari masa masuk MRSM lagi. Buat jualan. Den memang minat biz cuma tak suka buat sesuatu dalam masa yg lama sangat (cepat boring). Cuma den mula cetak sendiri t-shirt 4 tahun lepas. Masa tu den masih kerja di sebuah syarikat multinasional dgn bayaran yang agak lumayan (ada six sigma green belt la katakan).

Dlam department den (manufacturing) den ada 4 krew (setiap krew ada 10 orang). Den anjurkan futsal. Den beli 6 sample jersi (RM10.50 harga ejen) dan suruh mereka pilih. TApi sebab futsal bukan bawah SRC (kelab sukan syarikat) mereka kena melaburla seorang RM25. Jersi RM25 kira dah murah la. Den offer plak cetak nama & logo kumpulan memasing. Total semua dalam RM35/pc. Den offer lagi 4 hari nak gaji. Deposit RM15, baki bayar masa gaji. So, dari deposit tadi den dah lepas modal jersi. Ada baki den boli dye sket. Setakat log & nama pakai teknik stensil je. Itu lah biz pertama den dalam t-shirt ni slepas 10 tahun tinggal.

LEpa dapat untung tu den buat peralatan cetak dan beli la sket mana yg tak belh buat sendiri macam squeezee & dye. Kain den guna kain organze yg murah kat kedai kain (sekarang pakai kain skrin la sebab staff den ganas).
Den ronda pekan-pekan cari kedai alat tulis (car melayu la) termasuk la bundle dan kedai sukan. Den offer ambik upah cetak je. Baju depa bleh supply sebab 3 biz ni ada contact dgn supplier t-shirt & uniform.
Cara marketing den, saje-saje je pergi kedai tu nak beli pemadam ker..hehehe..pastu tanya la "abang ada buat cetak t-shirt tak?" Kalau jawapannya takde...fuh itu la lubuk kita...

kalau nak cerita marketing ni berhari-hari tak habis..offline marketing strategi tak berapa sama dgn online marketing. Offline bisnes petuanya...buat kawan..bukan kenalan.
 
Ermm..
Banyak benda bleh belajar dari bro nie.Dari production smpi marketing.
Bro,serius nk join kursus cetak t-shirt ni.Put me into ur list yerrr.Kire dari 4 org peserta tu,dh tinggal 3 kosong je skang ni la..hehe

1 lg bro,kat kedai bro tu ade x t-shirt terlebih cetak ker atau sample2 t-shirt yg rase2 nk jual murah2.klau ade nk borong la.nak jual kat member2 di uptown.
klau adela. Tq
 
program perantisan khas Giatmara

Salam, mcmna nak register prog nie ya... sy nih baru grad ja, kena sambung ngaji lg ka? huhuhuu:eek:
 
Ermm..
Banyak benda bleh belajar dari bro nie.Dari production smpi marketing.
Bro,serius nk join kursus cetak t-shirt ni.Put me into ur list yerrr.Kire dari 4 org peserta tu,dh tinggal 3 kosong je skang ni la..hehe

1 lg bro,kat kedai bro tu ade x t-shirt terlebih cetak ker atau sample2 t-shirt yg rase2 nk jual murah2.klau ade nk borong la.nak jual kat member2 di uptown.
klau adela. Tq

Den pun masih belajar lagi. Cuma suka share pengalaman dengan kengkawan. Bengkel cetak ni pun sebenarnya kalau sorang je pun kita on. Kita tak buat bengkel unutk komersil (cari reramai & buat duit dari yuran). Sebab tu kita buat mahal sket tapi memang peserta diberikan t-shirt & wooven beg untuk mereka cetak dari blok yang mereka buat sendiri masa bengkel.

t-shirt terlebih sudah ada tapi biasanya kita buat sample utk test blok. Memang tak sesuai utk jual. Kalau nak buat design sendiri jual pun ok. Bila dah belajar nanti, setup barang-barang. T-shirt kalau high grade RM8.00 (cotton short sleeve tebal & sedap). Buat la 2 atau 3 kaler...tapi kena tengok sasaran pelanggan. Kat sini pentingnya strategi pemasaran. Product, Price, Place & Promotion (extend lagi People, Process & Physical Product).

Kalau nak jual kat Uptown. Apa sasaran pelanggan kat kawasan tu. Adakah mereka cari t-shirt bundle atau RM15 ke bawah? Atau kualiti dalam Rm30. So, kita check produk kita nak guna material yg mane. t-shirt 6.50 atau 8.00(high grade). So, price kita bleh adjust sebab costing dah tahu. So, promotion tu pulak kena kreatif. Kalau den jual t-shirt produk den, den akan pakai t-shirt tu masa berniaga. Ada orang jual t-shirt tapi pakai baju Nike. Sendiri tak support jenama sendiri camne nak maju..hehehe

TAPI!!!

Pandangan saya...

1. Kita jual ready made t-shirt katakanlah nak buat seperti "SAYA SAYANG MAK SAYA".
Kalau satu design kena cetak dalam beberapa helai utk match saiz pelanggan. Kalau kita memang dah target pelanggan bawah 18 tahun so, kita boleh agak saiz standard dalam XS, S & M. So, jangan la cetak atas t-shirt 2XL. Setahun pun belum tentu terjual.
Kalau kita plan nak letak kat kedai-kedai..kena buat dalam volume yg banyak. Kalau satu deign kena ada beberapa saiz. Kalau 10 kedai kena darab berapa dah...Kalau ada modal besar ok. Sebab ROI (Return on Investment) kita kena tengok. Kalau hari ni kita melabur RM10.00, kena target berapa keuntungan kita nak. Katakan lah Nak untung RM5.00. Kena pula target bila pulangan tu dapat (berapa lama baru nak laku). Lagi lama, inventory cost kena tengok gak..belum susut nilai lagi..

2. Kita jual custom made t-shirt.
Rekaan ikut pelanggan nak buat camne (dah tak pening nak buat design yg costumer suka).
Kuantiti fix. kalau pelanggan nak 50 helai order baju kat supplier pun 50 helai (tak pening saiz sebab pelanggan dah tetapkan).
Harga lebih tinggi berbanding ready made dengan alasan custom (kos
 
Last edited:
Salam, mcmna nak register prog nie ya... sy nih baru grad ja, kena sambung ngaji lg ka? huhuhuu:eek:

Program yang maner> Kalau bengkel cetak tu inform kata nak datang hari Sabtu atau Ahad, kita tengok jadual (cuba kosongkan meja) dan kalau confirm selwatnya Jumaatnya lah..boleh datang..sorang pun kita run..tak kumpul sampai 4 orang baru kita on..
 
Menarik!

Wahhh..tip top penjelasan Mr Ley..:D

Den dulu keje ngan cina buat printing gak..silkscreen printing..tapi bukan printing baju..tapi cetak sticker kereta@moto cam Hilux,Ford Ranger,Unser,dan motosikal keluaran Yamaha dan Honda mcm 125z,RXZ,Lagenda,EX5 dll.(hari2 bawak balik sticker moto bagi kat memember)Pastu den brenti..xtahan bau dye time nak keringkan kat dalam oven..pedih idung ngan mata..hehe..

Sape2 yang nak study leh la gi kelas bro Ley..mane tau dapat tapak kat Uptown Danau Kota boleh la JV dan buat design sendiri. Den rasa skang ni ni budak2 suka design yang oldschool cam kata bro Ley 'SAYA JIWA KOSONG'.:))

P.S:TT jangan lupa datang kelas bro Ley tu sebab den tengok TT mmg MINAT giler pasal industri percetakan nih..:)cgrock
 
Hahaha..
Mesti datang punyer kelas Mr Ley.:D
Aku ni bkn ape,skang keje kat HP.1 minggu ade 3/4 hari cuti.Hari cuti tu plak xtau nk buat ape.Buang mase rase cam membazir plak.So igt nk buat la bisnes kecik2 untuk isi mase yg ade.#:-S

So selepas mengkaji penerangan dr MR Ley ni,rase bisnes ni ok.modal kecik,utk permulaan bole buat kat rumah.Klau dh stabil bole la buat full time.Yg penting dpt skill yg bole guna utk diri sendri.let say klau bisnes xjalan pon,atleast dh ade skill bole buat baju utk pakai sendri.Rase xrugi belajar.Kang klau terdesak,bole guna skill ni utk survival.:-?

Tentang jual kat uptown tu,aku rase untuk memantapkn skill aku kena la slalu praktis.alang2 dh cop baju tu xkan semua nk pakai,tolak la kat member aku yg jual baju kat uptown.saje letak..test market.wat design cun2 skit..ni bukan utk main income,main income kena cari order org nk tempah t-shirt la.#:-S

Tapi yg penting skang ni aku nk isi mase terluang aku dgn blajar ilmu printing nie.Mane taknyer seminggu 3/4 hari cuti..xtau nk buat ape..rugi sioott..:(( hahaha
 
nuakim, ko dok mana? mcm best je printing2 ni... berkenan gak nak join.. mahal tak yuran?

p/s-anggur yang aku tanam tak membuahkan hasil la..
 
nuakim, ko dok mana? mcm best je printing2 ni... berkenan gak nak join.. mahal tak yuran?

p/s-anggur yang aku tanam tak membuahkan hasil la..


Aku kat Puchong.
Jomla join..xrugi belajar.Untuk kite jgk.Aku kalau sorg pon redah je pegi kursus tu.
Aku pon xpasti la brape yuran kursus tu.Tu kena tanye Mr Ley la.Kat web site Mr Ley RM250.Tp mane tau ade special rate ke utk warga CG.:)cgrock haha.
 
P.S: Aku pernah attend kursus forex..1 hari RM600.Harammm..abuk pon tarak.1 sen pon xuntung.tobat dah..haha
 
Back
Top
Log in Register