Cari Partner & Info- Bisnes Printing

CG Sponsors




nuakim

Freshie
Joined
Jun 24, 2008
Messages
42
Reaction score
1
Points
11
Assalamualaikum.

Saye berminat utk buat bisnes printing.
Starting nk buat printing utk banner and bunting dl.Sbb tgk market cam ok la utk benda nie.kat mane2 ade banner/bunting.
Org kawin skrg pon dah guna benda ni.

Tp masalahnyer tak tau camner nak mula.:-?
Pengalaman pun kurang.Mase student dulu adela amik upah print assignment.hehe :D. Tapi stakat nk design tu okla.

Puas dah carik info.Tapi tak jumpa yg complete la.Mntak tolong pada kawan2 yg ada info harap dpt kongsi.Nasihat,cadangan dan pandangan sgtla dialu-alukan.Kalau ade kursus nak jgk participate.

Pada yg sama minat tu,dipelawa la jadi rakan kongsi.So kite bleh share idea,tenaga,resources etc.Janji bisnes leh jalan baeekk.
Penat dah jadi kuli org nie..nak jadi kuli diri sendri plak..:)

*Mintak maaf pada admin kalau thread ni dh ade.Puas cari xjumpela.Kalau dh ade,harap dpt delete thread ni.:)cgrock

TQ
 
Sponsored Post

MrLey

Active+ Member
Joined
Jan 1, 2010
Messages
3,292
Reaction score
68
Points
30
Salam TT.

Kalau nakbuat biz banner & bunting (backdrop,billboard) ada 2 cara.

1. Run sebagai ejen
2. Run production sendiri

Untuk run sebagi ejen..tuan cuba survey mana-mana syarikat yang buat biz ni tapi ada mesin inkjet tu sendiri. Kalau silap pilih mau dapat yg sub juga.. Biasanya depa kasi harga ejen ikut kaki persegi. Lagi luas lagi murah. Tapi cam den, den kasi fix price pada ejen. KEcil atau besar sama jek..Senang nak kira. Kalau tuan bleh buat design lagi bagus..mintak syarikat tu ajar nak buat actual size dah cukup. Convert ke TIFF pun lagi baik..jadi syarkat pembekal tinggal print jek..caj design terpulang pada tuan nak letak berapa kat pelanggan. Kalau den, den tak caj design sama ada pada end user atau ejen.

Kalau tuan nakbeli mesin sendiri, bleh survey mesin China atau German. Tapi beza harga mau 3 atau 4 kali ganda. Tapi mesin China pun dah ok skang. Janji maintenance jaga elok-elok. Skang orang dah tak pakai 400dpi semua perge ke 720 & 1440 dpi. Buat permulaan 720 dpi pun dah cun. Harga China dalam RM60k untuk 10kaki punya..tapi den sarankan cuba survey yang showroom punya..biasanya harga kurang 10k dari baru..kalau second kena cari yg betul-betul ok. Teknikal kena tau kalau nak pilih second punyer.

Kalau tuan berjaya beli mesin inkjet ni..dari segi costing dalam RM0.70 je sekaki di mana harga pasaran RM3.00 sekaki..

Printing ni memang cost rendah (selain capital/mesin) dan permintaan tinggi. Kalau nak cost yang paling rendah cuba silkscreen printing. Modal RM1000 dah cukup nak mula. Silap haribulan sebulan bleh collect RM10k..

Apapun biz kena start dgn market. Kalau ada market, mesti bleh pergi..

THANKS kalau dapat membantu...
 

nuakim

Freshie
Joined
Jun 24, 2008
Messages
42
Reaction score
1
Points
11
Wahh..Cun
Thanks MR Ley.mmg berguna info nie.

Anyway Mr Ley run production sendri ker?erm..bole try jd agent Mr Ley la klau camnie..dpt saving skit duit modal pon jdla.Kat mane kawasan operasi?

1 lg..saye ni btl2 baru..silkscreen tu gapo dio?
sori ek..malu bertanye sesat jalan..ye dak?..hehe
 

MrLey

Active+ Member
Joined
Jan 1, 2010
Messages
3,292
Reaction score
68
Points
30
Den memang run sendiri tapi mesin lama 400dpi. So den buat outdoor jek..Kalau 720 atau 1440 dpi den masih sub lagi la..kedai den di Kuala Selangor. Biasa fast printing & inkjet ni cover local site...Kalau jauh nanti kos lain plak yg tak tercover..hehehe..

Silkscreen ni adalah cetakan jaring sutera. Core biz den cetak t-shirt. Ni den mula 3 tahun dulu kat rumah...masa tu kerja lagi sebagai Process Improvement Leader (six sigma) di satu syarikat multinasional...Walaupun gaji umphh tapi rasa tak puas...dari silkscreen la den giat buat marketing (ingat 4P)..t-shirt ni cost rendah & profit tinggi. Dari situ den sewa kedai...beli inkjet printer (second je)..dan sekarang aktif mengajar silkscreen (join dgn program perantisan khas MARA...(tapi weekend buat bengkel sendiri la)..
 

nuakim

Freshie
Joined
Jun 24, 2008
Messages
42
Reaction score
1
Points
11
Bro..
Ade organize printing course x?minat nk bljar skill ni la..klau bleh nk tau camner nk print baju,banner and bunting.klau dh pandai nk run sendri sbb member2 pn byk jual baju kat uptown.so bleh market kat diorg.
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
elok kau jadi ejen dulu kpd MrLey, dari situ kau belajar sikit2. Kalau nak buka sendiri pun nanti, MrLey boleh jadi mentor kau.
 

mesir

Active+ Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
3,939
Reaction score
55
Points
35
Carik partner ke carik info ni? :D:D
 

MrLey

Active+ Member
Joined
Jan 1, 2010
Messages
3,292
Reaction score
68
Points
30
Untuk silkscreen printing memang kita ada buat bengkel praktikal sehari. Untuk inkjet seperti banner & bunting ni bila peli printer mereka ajar operasinya. Dari segi design guna illustrator & photoshop pun dah ok. Yang penting kratif dalam mereka design tu. Untuk ejen atau pelanggan kita biasanya inform bagaimana nak buat actuall size sebab biasanya kalau pelanggan datang bawa design, design tu terlalu kecil (saiz) dan bila dibesarkan ke actual size gambar jadi pecah (kabur). Yang ni takde kelas khas. Free je (more on explaination). Silkscreen tu more on praktikal dan bila lepas kursus biasanya memang boleh buat biznes.

ps: apapun utk mula biznes (selain rancangan perniagaan) market survey penting. Cuba dalami 4P atau sekarang 7P dalam strategi pemasaran. Jadi, sebelum kita invest pada sesuatu biz tu, kita tak tanggung risiko kerugian yg tnggi jika ada kesilapan dalam perancangan.
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
MrLey, saya tertarik dgn silkscreen ni. Susah ke nak siapkan 'blok' sebelum silkscreen dijalankan?
 

MrLey

Active+ Member
Joined
Jan 1, 2010
Messages
3,292
Reaction score
68
Points
30
MrLey, saya tertarik dgn silkscreen ni. Susah ke nak siapkan 'blok' sebelum silkscreen dijalankan?
Percetakan silkscreen ni mudah...yang jadi sukar bila kita bermula dengan big industri...kalau tengok mesin besar memang takde siapa yang rasa boleh mula biz ni.

Tapi kalau kita tengok pada asasnya memang mudah....penghasilan blok dalam masa 15 minit dah jadi (kalau artwork dah ready). Silkscreen ni adalah ilmu teknikal..kalau bergantung kepada e-book saje pun tak jadi...sebab tu bengkel kita 100% praktikal (sehingga ditawarkan program perantisan khas Giatmara).

1. Buat bingkai blok dgn kayu (sekali buat bingkai boleh recycle) - 15min (recycle takde masa la)
2. Pasangkan kain skrin - (5 min)
3. Sapu photo emulsion (bahan yg digunakan untuk menimbulkan rekaan dari kertas ke atas blok) - 1 min.
4. Expose - 4 min

Blok siap..Cuci..keringkan..standby untuk cetak..

Kos sangat rendah....baju round neck ready made sehelai cotton kualiti standard (kira baik) dalam RM6 ke RM7. Bila siap cetak satu atau 2 warna biasa ada yang jual RM15. Bila ada order deposit 50% siap baru bayar baki...

Kalau boleh nampak...pelanggan bayar deposit 50% dah cover harga t-shirt...So, kita hanya modal untuk peralatan dan dye utk permulaan perniagaan ni..

Untuk permulaan masuk niche market..order yang bawah 100pcs. Sebab? Big industri akan ambil minimum order 100pcs. Bawah 100pcs tak buat..So, apa lagi..kalau pelanggan nak buat family day 30pcs...sehelai RM15 (ada untuk RM7 sehelai la katakan.)..Dalam ada untung RM210...30 helai kalau 2 cetakan boleh siap dalam setengah hari (tak rushing ni)..

Panjang lebar ni...mungkin patut buka satu thread untuk belajar silkscreen kat sini....tapi pembacaan dan praktikal memangtak sama. Semasa bengkel, banyak perkara yang berlaku dan terus boleh respon. Dan petua & tips ni yang sebenarnya mahal kerana ianya hanya dapat dari pengalaman...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register