BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cari nahas simpan beribu pil kuda

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
kuda30_1558087023.jpg

PIL yaba yang dirampas polis milik dua pembantu kedai makan. Gambar hiasan.






Polis menahan dua pembantu kedai makan dan merampas lebih 1,000 pil yaba atau turut dikenali sebagai pil kuda dalam serbuan di Taman Kampung Teluk Panji, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.

Serbuan jam 3 petang itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek pertama berusia 25 tahun ditahan di tepi jalan dan hasil pemeriksaan ke atas badannya menemui satu tiub straw warna biru berisi sebiji pil yaba disembunyikan di dalam poket hadapan seluar.

Katanya, hasil siasatan, lelaki itu membawa pihak polis ke sebuah rumah dan suspek menunjukkan satu beg galas warna hitam yang terletak di atas lantai di bahagian ruang tamu.

“Siasatan lanjut menemui lima paket plastik berwarna biru berisi 1000 biji pil yaba.

“Pihak polis merampas kesemua barangan yang ditemui termasuk satu pasport dipercayai milik suspek pertama.

“Ketika polis masih berada di rumah itu, muncul seorang lelaki menunggang motosikal Yamaha LC dan polis berjaya menahannya.

“Hasil pemeriksaan menemui di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar dipakai suspek kedua menemui 100 biji pil yaba,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati dua lelaki itu memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

Menurutnya, mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/456869/cari-nahas-simpan-beribu-pil-kuda






.
 
Kawan dia balik, takkan tak perasan ada polis kat dalam rumah tu.
Ke..jenis layan pil ni memang bengap.
 
Kawan dia balik, takkan tak perasan ada polis kat dalam rumah tu.
Ke..jenis layan pil ni memang bengap.

dia ingat ramai2 duk dalam rumah beratur nak beli la tu..:D
 
Pil kuda byk dibawa masuk dari thailand. aku hairanlah polis thai tak buat kerja ke tangkap pembuat pil kuda kat negara dia orang? polis thai kuat makan rasuah jugak ke?
 
Pil kuda byk dibawa masuk dari thailand. aku hairanlah polis thai tak buat kerja ke tangkap pembuat pil kuda kat negara dia orang? polis thai kuat makan rasuah jugak ke?

Rasuah ada dimana2 bkn setakat dizaman PH jer..hihihi
 
Back
Top
Log in Register