BTC USD 82,775.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Carabao Cup 2019/2020

carabao_1580251132.jpg

​
Keputusan Piala Liga Inggeris


BIRMINGHAM, United Kingdom: Berikut keputusan Piala Liga Inggeris sebentar tadi:


Separuh akhir kedua

Aston Villa 2 (Targett 12, Trezeguet 90+3) Leicester 1 (Iheanacho 72)

Aston Villa menang agregat 3-2


Jadual awal pagi esok

Manchester City mln Manchester United -- City mendahului agregat 3-1

- AFP


 
treze1_1580254479.jpg

​
PEMAIN Aston Villa, Trezeguet menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Leicester City pada aksi Piala Liga di Villa Park, awal pagi tadi. - Foto Reuters

​
Trezeguet bawa Villa ke final Piala Liga


BIRMINGHAM, England: Pemain Aston Villa, Trezeguet meledak gol kemenangan dramatik pada minit ke-93 untuk membawa pasukannya ke final Piala Liga dengan kemenangan 2-1 mengatasi Leicester City seterusnya kemenangan 3-2 secara agregat awal pagi tadi.

Matt Targett menjaringkan gol pertama tuan rumah pada saingan di Villa Park selepas menerima hantaran Jack Grealish manakala cubaan pemain Leicester, Youri Tielemans terkena palang.

Kelechi Iheanacho menyamakan kedudukan dari jarak dekat pada minit ke-72 sama seperti dilakukannya pada separuh akhir pertama tetapi Trezeguet menyudahkannya dengan sempurna pada penamat aksi untuk skuad kendalian Dean Smith.

Villa, juara lima kali yang kembali ke final buat pertama kali sejak 2010, akan berdepan sama ada Manchester City atau Manchester United, yang akan bertemu awal pagi esok dengan City mendahului 3-1 secara agregat.

"Ia menunjukkan watak sebenar yang ada dalam pasukan," kata kapten Villa, Grealish kepada Sky Sports.

"Kami berada dalam kedaan sukar sebelum Krismas, kami tidak mampu menghantar empat hantaran bersama-sama, tidak kisah jika tidak menang, tetapi kami mulakan tahun baharu dengan prestasi hebat."

Villa bergelut dalam Liga Perdana dengan berkedudukan ke-16, dua mata di atas zon penyingkiran tetapi bertarung hebat menentang pasukan tangga ketiga itu dalam kedua-dua separuh akhir. - Reuters


 
nemanjaa_1580338310.jpg

​
PEMAIN Manchester United, Nemanja Matic menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Manchester City pada aksi Piala Liga di Stadium Etihad, sebentar tadi. - Foto Reuters

​
City tewas tapi ke final


MANCHESTER, England: Manchester City tewas 1-0 kepada Manchester United sebentar tadi tetapi bertahan untuk mara ke final Piala Liga menerusi agregat 3-2 dan akan berdepan Aston Villa di Wembley.

Jaringan Nemanja Matic pada minit ke-35 memberikan kemenangan buat United di Stadium Etihad tetapi pemain tengah itu kemudiannya dibuang padang dan ia tidak cukup untuk menukar defisit kekalahan 3-1 daripada separuh akhir pertama di Old Trafford.

Matic meledak voli ke penjuru ketika City gagal mengeluarkan sepakan percuma lencong Fred pada serangan berbahaya pertama United dalam perlawanan itu.

Namun pemain Serbia itu dilayangkan kad merah kerana kesalahan kedua 15 minit sebelum tamat dan United gagal mendapatkan gol kedua yang boleh membawa perlawanan ke penentuan penalti.

Aksi final akan berlangsung pada 1 Mac ketika City akan mencari kemenangan trofi buat kali ketiga berturut-turut dan kali keempat dalam lima musim. - Reuters


 
SOCCER-ENGLAND-MCI-MUN_REPORT_1_1580353390.jpg

​
Guardiola (kiri) bengang pasukannya gagal mengatasi Manchester United di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer (kanan) dalam Piala Liga awal pagi tadi. - Reuters

​
City perlu belajar jadi lebih tajam - Guardiola


MANCHESTER, United Kingdom: Pep Guardiola meminta Manchester City mengambil pengajaran daripada kekalahan 1-0 di laman sendiri kepada Manchester United awal pagi tadi walaupun mara ke final Piala Liga dengan agregat 3-2.

Penyandang gelaran itu menguasai sebahagian besar permainan tetapi gagal mencari jalan melepasi David de Gea dan ketinggalan hasil serangan pertama United pada 10 minit sebelum tamat babak pertama ketika Nemanja Matic meledak jaringan.

Harapan United untuk melakukan kebangkitan tidak kesampaian apabila Matic kemudiannya dibuang padang 15 minit sebelum tamat dan City bertahan untuk berdepan Aston Villa di Wembley pada 1 Mac nanti.

“Dalam tempoh 180 minit kami lebih baik berbanding United,” kata Guardiola. “Kami mencipta peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal menyempurnakannya. Kami perlu belajar untuk menjadi lebih tajam.”

City bermula seperti dilakukan mereka dengan mendahului 3-0 dalam tempoh 38 minit pada separuh akhir pertama di Old Trafford apabila menyerang dari pelbagai arah namun pelawat perlu berterima kasih kepada De Gea yang banyak menyelamatkan keadaan.

“Saya sebenarnya tidak faham bagaimana kami tewas perlawanan ini,” kata pemain tengah City, Kevin de Bruyne. “Saya rasa kami cuai.

“Bagi saya Manchester United langsung tidak ada satu peluang hari ini.”

Sergio Aguero menjadi pemain pertama mengancam pelawat menerusi tandukan yang ditepis penjaga gol Sepanyol itu sebelum dia menggunakan kaki menyelamatkan cubaan Riyad Mahrez.

Cubaan Bernardo Silva juga diselamatkan sebelum De Gea menafikan sepakan Aguero sekali lagi di penjuru gol. - AFP


 
EPZkMzdWkAgDsXj

​
19 April 2015: Brendan Rodgers is defeated 2-1 by Aston Villa in the FA Cup semi-final.

*Goes onto win next 31 domestic cup ties as a manager*

Jan 28 2020: Brendan Rodgers is defeated 2-1 by Aston Villa in the EFL Cup semi-final.

🤯🤯🤯
 

Manchester City progressed to the League Cup final, where they will meet Aston Villa, despite being defeated by Manchester United. Our professional coaches assess the performances produced by Pep Guardiola’s and Ole Gunnar Solskjaer’s teams 🔵🔴
 
2022/2023 Carabao Cup
semi final first leg
Southampton 0 - Newcastle 1
Nottingham forest 0 - Man Utd 3
ESbD66.png
 
Back
Top
Log in Register