BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

cara2 tak nak bagi peluang kucing berak di laman & depan/belakang rumah anda

david.cronenberg

Active+ Member
gem
Messages
3,763
Joined
Nov 14, 2011
Messages
3,763
Reaction score
27
Points
371

saya pernah cuba tabur minyak tanah (kerosene). lepas tabur tu boleh di katakan mereka tak minat nak "yak" depan umah saya.

Ada lagi 2 tips nih belom cuba.



Kerosene.jpg



PETUA 1

Caranya, ambil minyak masak yang telah digunakan. Maksudnya minyak masak yang telah kita gunakan untuk menggoreng ikan. Percik-percikkan minyak tersebut di sekitar tempat yang menjadi port kegemaran untuk kucing melepaskan hajat.

Secara logiknya, kucing tidak akan berak di tempat dia makan. Kucing pun tau jaga persekitaran… ok. Kalau tempat tu ada bau-bau ikan ( dari minyak gorengan ikan ) dia tidak akan berak di situ.
Cubalah…. tapi kalau kucing yang hanya makan makanan diproses, saya tak pastilah dia kenal ke tidak bau ikan. Kucing-kucing saya kucing tempatan, makan nasi dengan ikan yang ditumbuk saja.

sumber kujie2.com

kucing-berak.jpg



PETUA 2

1) Adakah rumah anda dijadikan tandas awam oleh kucing-kucing jiran?
2) Adakah anda sudah letih dan muak (bercampur mual) membuang tahi kucing daripada laman rumah anda?
3) Adakah anda sudah puas menyumpah seranah haiwan tersebut (mungkin juga tuannya) bila terpijak tahi kucing yg lembek?

Kalau jawapan anda ya kepada mana-mana soalan di atas atau kesemuanya sekali ini ada satu petua untuk mengelakkan kucing jiran atau kucing tak bertuan daripada melepas di halaman rumah anda.


Anda tidak perlu mengendap menunggu kucing masuk ke halaman rumah dan mengejarnya dgn penyapu lidi atau menyemburnya dgn air. Apa yang perlu anda lakukan adalah meletakkan sebiji bola atau apa-apa objek yang sama waktu dengannya di halaman rindu rumah. Ya! Letakkan bola sebesar bolasepak. Nak letakkan bola ragbi pun boleh. Tapi janganlah letakkan bola yang terlalu kecil seperti bola golf.

Emak Adam menggunakan bola American football yang dah tak bocor di halaman rumah kami. Aku ambil gambar dari tingkap di tepi tempat aku buat kerja.

IMG01566-20121016-1535.jpg



Teorinya: Kucing akan takut nak melepas kerana menyangka ada 'orang' iaitu bola tersebut yang memerhatikan mereka. Lebih kurang seperti menggunakan orang-orang untuk menakutkan burung daripada memakan padi.

Setakat ini, petua ini menjadi kerana kucing dah tak datang berak di laman kami. Anak pesawah juga yang dapat idea ini (emak Adamlah tu)
.

sumber yunusbadawi.blogspot
 
Last edited:
wah.. nak cuba la petua bola tu.. boleh jadi ke?

aku duk apartment. kucing2 luar selalu port depan pintu utama (dalam gril). bukan takat melepak tapi siap kencing.. pancut plak kat kabinet kasut & dinding umah. sakit ati Allah saja yang tahu.

punca kucing2 tu naik lemak sbb asben aku sll bg depa makan makanan kucing tu kat situ. depan rumah aku dah macam rumah orphan kucing. dulu rajin jgk basuh tapi susah nak tanggal kesan pancutan tu.. skg aku malas nak layan dah
 
satu lagi pertua dan berjaya..renjiskan air cuka di tempat dan sekitar kawasan kejadian(boleh di beli dimana2 kedai)...selamat mencuba
 
Dulu member saya ada cakap la, dia letak serbuk cili dekat tempat kucing dia selalu berak, jadi,
kucing dia akan pindah tempat lain, sampai la ke bilik air, dia cakap petua nie berkesan...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
tuan kucing tu sebenarnya kena ajar mana nak berak. hampeh sungguh.

aku rasa kucing jalanan tau mana kencing/berak kot. ni kucing bela yg terlepas2 ni mcm bo.ngok sangat tak reti.

ada komuniti pencinta kucing yg kutip duit. ada masa2 tertentu diorang jumpa kucing diorang hantar castrate. kesannya kucing jantan takde la pancut sana sini sesuka hati dah. n populasi kucing dapat dijaga dengan baik.
 
pernah berlaku... kucing selalu berak depan rumah aku... so memula... letak tepung... x jalan.. lepas tu letak serbuk kari... baru laaaa dah x berak... :D
 
minyak tanah pernah cuba. yg bola tu je baru tau hari ni
 
Back
Top
Log in Register