BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips & Tricks Cara Sambungkan Controller PS4 Kepada Telefon Pintar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Anda gemar bermain aplikasi pada telefon pintar? Mahu gunakan alat kawalan untuk bermain? Anda memiliki alat pengawal PS4? Sekiranya terbit soalan-soalan ini dibenak fikiran anda, boleh baca artikel ini sehingga habis.

Screenshot-2821.jpg


Bagaimana sambungan dilakukan?

Mudah sahaja. Pergi ambil DUALSHOCK 4 anda sekarang dan ikuti langkah-langkah dibawah;

1. Pertama sekali pastikan ciri Bluetooth pada telefon pintar anda diaktifkan.
2. Tekan butang Share dan PS serentak pada alat kawalan PS4 anda. Lampu dibahagian sisi hadapan akan berkelip-kelip.

Screenshot-2822.jpg


3. Cari dan Wireless Controller pada paparan Bluetooth di telefon pintar anda.
4. Sekarang kedua-dua peranti ini sudah bersambung dan anda boleh mula menavigasi telefon pintar anda serta bermain aplikasi.

Diingatkan juga, tidak semua aplikasi permainan menyokong penggunaan alat kawalan ini. Permainan yang sudah dicuba adalah Call of Duty Mobile, Worm Zone.io, Asphalt 9, Buggy Beach Racing, Stardew Valley dan beberapa permainan lain. Anda boleh cuba sendiri. Bagi peranti iOS pula ia sepadan digunakan pada sistem iOS 13. Selamat mencuba.
 
Back
Top
Log in Register