BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Pengeluaran Telefon Pintar 2026 Di Ramalkan Susut 2.1% Kerana Kekurangan Cip Memori

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Tahun 2025 belum berakhir tetapi ramalan pengeluaran telefon pintar 2026 telahpun dikeluarkan oleh Counterpoint Research. Menurut mereka pengeluaran akan berkurangan 2.1% kerana faktor kekurangan cip memori dan storan disebabkan permintaan tinggi oleh sektor pusat data khususnya kecerdasan buatan (AI).
1766059888973.png

Permintaan tinggi untuk pusat data telah menyebabkan harga RAM dan SSD untuk komputer meningkat sehingga 40%. Secara purata harga telefon pintar 2026 dijangka meningkat 6.9%. Counterpoint juga mengatakan semua pengeluar utama Apple, Samsung, Xiaomi, Oppo, Vivo dan Honor akan mengalami penyusutan pengeluaran sehingga 4% berbanding 2025. Beberapa pengeluar memberikan amaran harga peranti mereka tahun depan akan mengalami peningkatan. Selain pengeluaran akan berkurangan, terdapat ramalan tahun depan sokongan kad microSD dan memori serendah 4GB RAM akan kembali pada telefon pintar.​
 
Back
Top
Log in Register