BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips & Tricks Cara Reset "Keyboard" Pada iPhone dan iPad

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Kepada pemilik peranti pintar Apple diluar sana, masalah papan kekunci yang menjadi berat atau "lag" ketika menaip, berkemungkinan ianya disebabkan oleh pemasangan sebarang aplikasi kekunci pihak ketiga ataupun tetapan jenis tulisan tertentu yang mana perlu di tetapkan semula kepada tetapan asal. Berikut di kongsikan cara untuk melakukan proses "Reset" pada kekunci peranti tersebut agar ianya kembali lancar dan berfungsi seperti sediakala.

Pertama sekali masuk ke menu Setting.

1-settings-3.png


Kemudian pilih menu General.

2-general-settings-iPhone.png


Seterusnya skrol kebawah dan pilih menu Transfer or Reset iPhone.

3-iphone-settings.png


Pada bahagian bawah pilih menu Reset.

4-reset.png


Pada paparan berikut Tap pada menu Reset Keyboard Dictionary.

5-reset-keyboard-dictionary.png


Masukkan kata laluan.

6-enter-passcode.png


Akhir sekali Pilih menu Reset Dictionary. Sebelum itu anda perlu maklum bahawa sebarang jenis tulisan dan "Custom words" yang anda tetapkan ketika menaip akan dipadamkan.

7-reset-dictionary.png


Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian kali ini, semoga bermanfaat ..​
 
Back
Top
Log in Register