BTC USD 81,707.1 Gold USD 4,353.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara rapatkan saf

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Dalam Sahih Bukhari, ada suatu bab yg bernama: Bab Ilzaq Al-Mankib Bil-Mankib wal-Qadam Bil-Qadam fis-Soff (Bab melekatkan bahu dengan bahu dan kaki dgn kaki dalam saf). Dalam bab itu disebutkan: 'Adalah salah seorang kami melekatkan bahunya dgn bahu sahabatnya dan kakinya dgn kaki sahabatnya'.

Huraian:

Dalam Kitab Faidhul-Bari, Maulana Anwar Shah Al-Kashmiri membahaskan perkara ini dgn perbahasan yg sgt baik. Saya malas nk terjemah semua. Panjang sgt. Tp antara point penting yg disebutkan oleh Maulana Kashmiri ialah:

1) Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar (yg selalu disalah anggap oleh sebahagian org yg berpegang dgn kesunnahan melekatkan kaki antara satu sama lain) sebenarnya bermaksud: "Tidak meninggalkan ruang kosong antara 2 org makmum YANG BOLEH MEMUATKAN MAKMUM KETIGA antara mereka berdua" dan inilah yg difahami oleh SEMUA IMAM KEEMPAT-EMPAT MAZHAB.

2) Dalam Mazhab Syafie, jarak antara kaki kanan dan kiri seseorang dalam solat, menurut satu qaul ialah sekadar 4 JARI SAHAJA. Menurut satu qaul yg lain bg mazhab Syafie: SATU JENGKAL.

Kata Maulana Anwar Kashmiri: Aku tak jumpa pun salafussoleh yg membezakan jarak antara kedua2 kaki ketika solat bersendrian dan berjemaah. Dengan kata lain, tiada seorang pun salafussoleh yg kata: ketika solat sendirian, bukaan kaki sekadar sekian2 jarak. Ketika solat berjemaah pula, jaraknya kena lebihkan sikit (kononnya supaya dapat melekat dgn kaki org sebelah).

Masalah ini hanya ditimbulkan oleh golongan ghairu muqallid (golongan yg xbertaqlid / ahli hadith / salafi / wahabi dll) shj dan mereka tiada dalil lain melainkan lafaz al-ilzaq dlm hadith tu (atau kata2 perawi). Mereka hanya faham huruf ba' (yg digandingkan dgn prkataan ilzaq) tu hanya makna "melekat"... seolah2 xde makna lain. Mcm mana dgn yang ini: مررت بزيد؟
Adakah maksudnya: "saya melewati dengan melekat pada Zaid"??

3) Kemudian Maulana sentuh suatu sudut lain iaitu TA'AMUL (bagaimana ulama berinteraksi dgn hadith). Sebabnya, para fuqaha' tidak hanya tengok hadith dari sudut kesahihan shj. Sudut ta'amulnya pun kena tengok juga. Maulana beri contoh: lafaz "fauqa as-sodr" (hadith yg kata letak tgn atas dada semasa qiam). Lafaz tu berpunca dari tawassu' ruwah (perawi meluaskan hadith, atau dgn kata lain: perawi meriwayatkan hadith dgn lafaznya sendiri atau menambahkan lafaznya sendiri kerana menyangka murodnya sama), kerana jika dilihat dari sudut ta'amul, tiada pun ulama yg kata kena letak atas dada. kalau ada pun, mereka faham hadith ini sebagai "meletakkan kedua tapak tangan HAMPIR kepada dada", bukan betul2 di dada.

4) Hal melekatkan kaki antara makmum, maulana kata: Kami xjumpa mana2 sahabat dan tabien yg membezakan jarak kaki antara solat sendiri dan berjemaah. (bila solat sendiri, jarak kaki kanan dan kiri biasa. Tp bila solat berjemaah, tiba2 kena terkangkang lain macam). Maulana kata: Melekatkan kaki (yg disalahtafsirkan oleh sesetengah orang) itu tiada athar dari salaf.

*Maaf, terjemahan ini agak berterabur sbb mengejar masa. utk menikmati kelazatan perbincangan ini dgn lebih nikmat dan lazat lagi, dipersilakan baca sendiri teks arabnya.

**Tujuan post ini ialah utk melapangkan dada shj supaya kita tidak bersangka buruk apabila melihat org tak rapatkan saf sampai melekat kaki dgn kaki. Saya menerima kedua2 pandangan kerana masyaikh sy di Mesir pun ada yg beramal dgn ini dan ada yg beramal dgn itu walaupun masing2 bermazhab dan bukan wahabi.


Wallahualam.


Oleh Ustaz Abd Rahman ar Raniri

sumber ilmu:
Ustaz Uthman Daud
14600913_10210743318838406_1215409747037445880_n.jpg

https://www.facebook.com/photo.php?...257862268545.212309.1212698314&type=3&theater
 
Last edited:
siap tampal kat dinding surau mcm mana rapatkan saf...kaki tu kena melekat ngn org sebelah tapi tetap mcm tu jugak safnye....
 
prayer.gif
ada yg rapatkan smpai melekat,ada yg tidak,tp tidak terlalu longgar..so xda isu
siap tampal kat dinding surau mcm mana rapatkan saf...kaki tu kena melekat ngn org sebelah tapi tetap mcm tu jugak safnye....

saya rasa klu rapatkan smpai mcmntue pon xda masalah..dkt belah2 negara mcm bangladesh,pakistan..mmg buat mcmtue pon
 
Last edited:
saya rasa klu rapatkan smpai mcmntue pon xda masalah..dkt belah2 negara mcm bangladesh,pakistan..mmg buat mcmtue pon

kalau ruang terhad tp jemaah ramai kenalah buat mcm tu....
kita kat sini nasihat byk kali suh rapat2 saf last2 jarak jgk....
payah nt nk jatuh papan utk tahiyat akhir kot....
 
prayer.gif
ada yg rapatkan smpai melekat,ada yg tidak,tp tidak terlalu longgar..so xda isu


saya rasa klu rapatkan smpai mcmntue pon xda masalah..dkt belah2 negara mcm bangladesh,pakistan..mmg buat mcmtue pon

mmg xde isu pun.... rapatkan saf jgn ada ruang kosong yg boleh memasukkan sorg lg makmum tu jerk
 
kedudukan bahu adalah tetap dan kaki tidak tetap, korang qiam ker, rukuk ker, sujud ker..bahu ttp dlm keadaan yg sama,tetap ..tapi kaki?
 
Back
Top
Log in Register