avine
Fun Poster
- Messages
- 475
- Joined
- Aug 19, 2010
- Messages
- 475
- Reaction score
- 3
- Points
- 15
Langkah #1: Pilih dulu rumah yang anda nak beli
Mula-mula, pilih dulu hartanah yang korang nak beli. Yang ni, korang kena buat research sendiri. (Mudah.my, PropertyGuru, iProperty, EgdeProp, etc)
Langkah #2: Tandatangan Letter of Acceptance (LOA) atau Aggrement to Purchaser (ATP)
Yang ke-2 pulak, korang kena tandatangan Letter of Acceptance atau Aggrement to Purchaserr ejen hartanah sediakan.
Paling penting, pastikan dulu ejen tu berdaftar secara sah dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA). (http://search.lppeh.gov.my/)
Jangan sekali-kali guna ejen haram (yang tak berdaftar). Sebab potensi korang kena “kencing” dengan mereka sangat la tinggi.
Banyak dah kes tipu macam ni berlaku. Naya je duit korang hangus macam tu je nanti.
Langkah #3: Bayar booking fee awal-awal, dan minta lanjutkan tempoh siapkan SPA
Bayar 3.18% daripada harga pembelian rumah sebagai bayaran booking.
Lagi satu, cuba minta tempoh 21 hari waktu bekerja sebagai tempoh dari bayaran deposit, hingga korang kena siapkan SPA.
Biasanya, ejen akan letak 14 hari. Tapi korang cuba la dapatkan 21 hari sebab kadang-kadang loan lambat lulus. Selagi loan tak lulus, korang tak boleh sign SPA (Sales and Purchase Agreement).
Dan pastikan booking ni dibayar kepada syarikat ejen hartanah atau syarikat guaman.
Jangan cari pasal dan bayar kepada mana-mana individu, baik ejen atau owner rumah. (Berisiko)
Langkah #4: Dapatkan bukti pemilikan daripada owner asal. (Boleh mintak dengan agen)
Pastikan pemilik rumah asal (penjual) tandatangan pada LOA (Letter of Acceptance) atau Aggrement to Purchaser, dan pastikan korang (atau ejen) dapat salinan SPA pembelian tu untuk buktikan mereka sebagai pemilik rumah yang sahih. (Boleh mintak dengan agen)
Langkah #5: Mula buat permohonan dekat bank. (Agen akan uruskan)
Gunakan LOA/ATP tadi untuk memohon pinjaman loan daripada pihak bank untuk pembelian rumah.
Langkah #6: Cari peguam yang tahu buat kerja. (Agen akan bantu pilih mana yg sesuai)
Upah peguam yang ada kepakaran dalam bidang pengurusan hartanah untuk siapkan SPA (Sales and Purchase Agreement).
Langkah #7: Tandatangan HANYA lepas dah confirm dapat loan.
Tandatangan dokumen SPA.
Langkah #8: Jelaskan baki 6.82% dari harga rumah. (kalau anda mark-up loan atau buat full loan, xperlu bayar)
Bayar baki 6.82% deposit pembelian rumah. Dalam langkah #3 tadi, kita dah bayar 3.18%.
Jumlah ni kita perlu cukupkan sampai 10% sebelum tandatangan SPA.
Langkah #9: Kerapkan tanya peguam yang uruskan proses jual-beli anda. (Boleh follow up dengan agen atau direct ke peguam)
Tunggu 3 bulan (FREEHOLD) hingga 6 bulan (LEASEHOLD) untuk pihak bank membayar penjual jumlah yang tertunggak (baki 90%, lepas korang dah bayar duit down payment 10%).
Langkah #10: Peguam akan uruskan 100% untuk anda daripada sini
Bank dah jelaskan semua jumlah tertunggak kepada penjual. Peguam akan uruskan penukaran geran kepada pemilik baru dan korang akan uruskan proses pengambilan kunci.
Langkah #11: Masa untuk dapatkan kunci rumah! (Boleh mintak dengan agen atau boleh ambil dengan lawyer)
Pemilik rumah atau penjual akan kosongkan rumah untuk selesaikan proses pemindahan yang dah berjaya.
Masa ni, korang akan dapat kunci rumah dan rumah itu sekarang dah jadi hak milik korang.
Jika anda berminat nak beli rumah? Juga masih mencari rumah tapi masih belum jumpa? Xyakin dengan kelayakan anda? mari saya bantu kira kelayakan loan anda. FREE!
AMMAR AZIZ
0124170236