Cara paling efektif rooting adalah dengan arahan "manual" menggunakan
CF-Autorun atau
TWRP + SuperSU. Penggunaan "Magisk" tidak digalakkan melainkan anda pengguna profesional kerana ada isu-isu dalaman terbabit.
Kesemua Samsung model baru dan sesetengah model lama (keluaran selepas 2018) yang telah dikemaskini "update" telah ditambah dengan "security patch" yang tidak boleh "rooting", kerana "bootloader" yang dikunci oleh Samsung untuk tempoh minima 7 hari (bersamaan 168 jam) menggunakan satu SIMCard oleh pemilik tanpa "reset" atau tutup telefon dalam jangkamasa tersebut.
Jadi, pengguna / pemilik telefon terbabit harus tunggu melepasi tempoh tersebut untuk sahihkan pemilikan dan nyahaktif "OEM Unlock" dan "Bootloader" melalui "Developer Options".
Hanya "Rooting" atau memasukkan "Custom ROM" selepas jangkamasa tersebut dapat dilakukan, juga fungsi "Bootloader Re-lock" akan diaktifkan kembali sekiranya pemilik "flash" semula "Firmware" asal kepada peranti tersebut