BTC USD 84,842.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara nak block jika handphone kena curi!!

harap membantu...

KUALA LUMPUR:
Jumaat Ogos 2, 2013
Sistem Kurangkan Jenayah Kecurian Telefon Bimbit Diperkenal Sebelum Akhir Tahun Ini

Telefon bimbit curi tidak boleh digunakan dalam tempoh tiga jam selepas pemiliknya membuat laporan mengenai kehilangan peranti tersebut.

Malah tindakan menukar kad SIM juga tidak akan mengakifkan telefon bimbit tersebut.


Sistem tersebut yang akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini adalah sebahagian daripada insiatif kerajaan untuk mengurangkan jenayah kecurian telefon bimbit.

Sumber industri telekomunikasi berkata, pengawal selia industri tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi pada April lalu supaya mematuhi syarat-syarat di bawah inisiatif baru itu.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata sistem tersebut akan mengurangkan jenayah jalanan dan kecurian telefon bimbit memandangkan telefon pintar yang dicuri boleh dijual separuh daripada harga asal di pasaran gelap.

"Ya, kami sedang berusaha. Banyak negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Britain sudah melaksanakan sistem ini. Kami mendapat sokongan pengguna," katanya.

Beliau berkata SKMM sedang menyelesaikan beberapa isu teknikal dengan pengendali rangkaian sebelum perkhidmatan itu dilancarkan.

Menurut, Mohamed Sharil syarikat telekomunikasi tidak akan mengenakan caj kepada pelanggan-pelanggan mereka untuk perkhidmatan baharu itu.

Pengendali tersebut diminta supaya memasang sebuah Equipment Identity Register (EIR) supaya 15 digit kod International Mobile Station Equipment Identity yang unik kepada setiap telefon pintar boleh disenaraihitam sekiranya ia dilaporkan telah dicuri.

Setiap EIR akan dihubungkan kepada Malaysian Central Equipment Identity Register (MCEIR) di mana kod IMEI telefon yang dicuri itu akan dihantar.

Sumber berkata kesemua kod IMEI yang disenaraihitamkan kemudiannya akan disimpan di dalam EIR supaya telefon tersebut tidak boleh digunakan oleh mana-mana rangkaian dan menghalang sebarang cubaan mengaktifkan peranti itu dengan kad SIM baru.

Sebaik saja disekat, telefon itu tidak boleh diaktifkan semula.

"Ini akan membantu mengurangkan jenayah kecurian telefon bimbit dan pada masa sama membantu polis mengenal pasti pencuri atau sesiapa saja yang cuba mengaktifkan semula peranti itu," kata sumber.

Syarikat telekomunikasi diberi tempoh selama tiga bulan untuk mematuhi arahan SKMM dan tarikh akhir itu tamat pada Khamis.

Menurut sumber, Malaysia akan menjadi negara pertama di rantau ini yang memperkenalkan sistem sekatan ini.

MCEIR akan dikendalikan oleh SKMM yang menyerahkan pengurusan sistem kepada Nuemera Malaysia Sdn Bhd.

Perjanjian itu ditandatangani kira-kira dua bulan lalu.

"Nuemera akan mengendalikan MCEIR sepanjang masa. Ia akan bertanggungjawab memantau dan menjana kod IMEI yang disenaraihitam. Maklumat tersebut akan dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi dalam tempoh 180 minit telefon itu dilaporkan hilang atau dicuri," kata sumber.

sumber



Dlm masa sama, aku dah buat call ke telco kesayangan Celcom utk kepastian.. Officer tu tak dpt detail out sbb klu baca news kat atas ni benda baru, maybe pengendali (telco) belum dpt full information dr SKMM tp mengesahkan kebenaran benda tu..

So, diingatkan utk kita salim & simpan IMEI code ditempat berasingan (dlm wallet ke), supaya bila jadi kes kehilangan, kita call telco & mrk akan pindahkan call ke bhgn teknikal & mrk akan buat pengesahan EMEI code dlm rekod/system mrk dgn yg kita ada, sbl mrk fwd ke MCEIR.. Basically, telco ada rekod EMEI code hp kita sptmana mrk tau kita guna telefon/shartfon jenis apa...

sesapa yg kata benda ni tak boleh/mustahil, sila baca post aku sbl ini...

actly dah lama pun patut buat
 
Last edited:
Dia tak register dulu kot...ipad den bila salah letak bleh je trace ikut website...

dulu ada sorang bkk thread iphone ke ipad hilang, pg apple store dorang xbole tolong ape pun nk trace ke nak block..
 
benda ni stil baru lg....
 
Untuk pengguna di Malaysia, boleh semak serial number atau Phone IMEI number di http://www.curi.my

Anda akan mendapat jawapan jika produk itu dilaporkan hilang ataupun dicuri.

Anda juga boleh "blacklist" nombor imei phone atau nombor siri phone anda supaya sesiapa yang menjumpainya tidak boleh menjualnya tetapi boleh menghubungi anda.
 
Last edited:
aku ingt wattawan ni bijak sgt rupenye lebih kurang je diorg ni asl laku berita tu hahahaha
 
Ok, camtu bahaya jgk lau beli 2nd, tibe2 owner lama wat pedajal, trus die block hp. Naya kito..
 
Back
Top
Log in Register