zaimi2
Legendary Member

- Messages
- 15,045
Paid Membership
- Joined
- Mar 21, 2008
- Messages
- 15,045
- Reaction score
- 390
- Points
- 131
GARIS PANDUAN
PERMOHONAN LESEN JUALAN LANGSUNG
PENDAHULUAN
Garis panduan ini bertujuan membantu syarikat-syarikat yang berminat untuk memohon lesen perniagaan jualan langsung mengikut keperluan Akta Jualan Langsung 1993 dan Peraturan-peraturan Jualan Langsung 1993. Dokumen ini tidak boleh digunakan untuk sebarang pertikaian di Mahkamah.
Garis panduan ini juga mengandungi kriteria-kriteria yang boleh dijadikan panduan semasa mengemukakan permohonan lesen perniagaan jualan langsung dan tatacara lain untuk pelbagai permohonan di sepanjang tempoh pelesenan.
Adalah diharapkan Garis Panduan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemegang lesen jualan langsung selaras dengan tiga objektif penting Akta Jualan Langsung 1993 iaitu:
•· Melesenkan aktiviti jualan langsung demi untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna;
•· Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan aktiviti jualan langsung yang beretika;dan
•· Melarang segala kegiatan berbentuk piramid serta skim cepat kaya.
PERINGATAN
SEBELUM menceburi perniagaan jualan langsung, anda dinasihatkan supaya terlebih dahulu memahami secara jelas AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (AJL 1993).
SEKSYEN 4(1) AJL 93
"Tertakluk kepada seksyen 14 dan 42, tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung melainkan jika ia suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan memegang lesen yang sah yang diberikan di bawah seksyen 6".
SEKSYEN 2 AJL 93
Bagi maksud garis panduan ini :
(a) "Jualan Langsung" ertinya jualan pintu ke pintu dan pesanan pos mengikut pengertian akta ini
(b) "Jualan Pintu ke pintu" ertinya atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara berikut:
Seseorang atau mana-mana yang diberikuasa olehnya:
i) pergi dari satu tempat ke satu tempat selain daripada satu tempat perniagaan yang tetap; atau
ii) membuat panggilan telefon mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan.
Orang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan mewujudkan kontrak itu
•(c) "Jualan Pesanan Pos" ertinya jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, samada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberikuasa olehnya, denga menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos.
JENIS PELAN PEMASARAN DI BAWAH PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
Terdapat tiga jenis pelan pemasaran di bawah perniagaan jualan langsung seperti berikut:
BERBILANG TINGKAT (MULTI LEVEL MARKETING PLAN)
i. Syarikat akan mengambil/melantik individu sebagai ahli/pengedar untuk mengedar barangan syarikat;
ii. Ahli/pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses pengambilan ahli/pengedar baru boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.
iii. Setiap ahli/pengedar akan mendapat komisen/ bonus / insentif daripada jualan peribadi dan jualan ahli / pengedar di bawah rangkaiannya (over-riding bonus).
SATU TINGKAT (SINGLE LEVEL MARKETING PLAN)
i. Syarikat akan melantik wakil jualan/ejen jualan dan membayar gaji/komisen/gabungan gaji dan komisen alas jumlah jualan yang dibuat; dan
ii. Wakil jualan/ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik/menaja wakil jualan/ejen jualan lain.
JUALAN MELALUI PESANAN POS (MAIL ORDER)
Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos.
TATACARA PERMOHONAN
Permohonan hendaklah mematuhi syarat-syarat asas berikut:
KELAYAKAN
Pemohon hendaklah terdiri dari syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

Last edited: