BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Mudah Legakan Demam

DS Ili Jutawan

Freshie
Messages
15
Joined
Jul 9, 2017
Messages
15
Reaction score
3
Points
8
Salam Semua.

Ili Kongsi sedikit cara mudah legakan demam ye, biasanya kita akan rasa tonsil agak kurang selesa kan dan sedikit perit untuk menelan.

1. Minum lemon madu suam, lemon dan madu sangat berkesan melegakan sakit tekak dan clearkan kahak yang bakal timbul, walaupun sifat lemon masam, tetapi sebenarnya ianya bersifat alkali bila masuk ke badan kita, sebaiknya minum 3 kali sehari, lebih bagus kalau makan sekali hirisan kulit lemon, memang la sedikit pahit dan masam, tapi yang PAHIT ITU KAN UBAT.... :)

2. Minum air kosong secukupnya, minum air suam yeeee, jangan minum air sejuk atau ais pula, air suam sangat membantu clearkan mukus2 jahat di samping membantu suhu badan yang cuba2 berusaha untu naik tu :)

3. Tips terakhir, sila MANDI, kalau malas mandi bakteria senang berumahtangga di dalam badan, tetapi mandi pun ada tertibnyaaaa, mulakan basuh tangan dulu, kemudian kaki, seterusnya naik ke pinggan dan akhir sekali kepala dan badan, mandi juga sangat membantu menurunkan suhu badan.

Selamat mencuba :)
 
Perkongsian yg bgus TT, part tons tu,mmg slalu nk demam,dh mula ase tak selesa tekak.
 
Selain dari tu, jangan amalkan minum bersusu, contoh teh yang campur susu, milo, sebab ianya menyebabkan mukus menjadi lebih banyak. Nanti batuk berbulan2 hehehe
 
Ada 10 kebaikan dan faedah minum Air Lemon kepada kita:

1. Permulaan hari yang baik. Lupakan kopi! Mulakan hari dengan secawan air lemon panas sebaik sahaja bangun tidur boleh membantu merangsang dan mengaktifkan sistem penghadaman. Minum air lemon pada waktu pagi juga memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita.

2. Melegakan sakit tekak. Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika anda mengalami sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.

3. Menurunkan berat badan. Jus lemon mengandungi Pectin, yang merupakan serat larut yang membantu dalam membakar lemak dan penurunan berat badan. Minum air lemon juga membantu hati menghasilkan lebih hempedu, yang membantu menghadam lemak degil.

4. Menghalang pembentukan batu karang. Minum air lemon setiap hari meningkatkan paras citrate di dalam urin. Kajian menunjukkan bahawa ianya membantu melindungi badan kita daripada pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.

5. Melegakan kegatalan. Lemon bersifat antiseptik dan anti-keradangan, serta mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik. Jika anda digigit serangga, gosok jus lemon di kawasan kulit berkenaan. Ia boleh membantu melegakan rasa gatal tersebut.

6. Melawaskan sistem penghadaman. Air lemon membantu dalam perkumuhan, mengelakkan sembelit, cirit-birit, serta melegakan simptom berkaitan kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

7. Anti-kanser. Liminoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon. Kajian mendapati ia mempunyai ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu melindungi sel-sel di dalam badan daripada rosak, seterusnya mengelakkan pembentukan sel barah.

8. Menghilangkan bau busuk. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Lemon juga bersifat membersih, anti-biotik dan anti-oksidan yang penting untuk kulit, serta membantu mengurangkan bau badan. Orang zaman dahulu menggunakan lemon untuk meggosok ketiak dan menyental daki di seluruh badan, bagi menggantikan penggunaan sabun.

9. Menurunkan panas demam. Apabila rasa hendak demam, cepat-cepat minum air lemon sebanyak mungkin, bagi membantu menurunkan suhu panas demam dengan pantas.

10. Kandungan pH yang seimbang. Walaupun lemon bersifat asid, tetapi kandungan mineral yang tinggi di dalam lemon menyebabkan ia bersifat alkali apabila masuk ke dalam badan, seterusnya membantu membuang asid serta menyeimbangkan kandungan pH di dalam badan kita.
 
Selain dari tu, jangan amalkan minum bersusu, contoh teh yang campur susu, milo, sebab ianya menyebabkan mukus menjadi lebih banyak. Nanti batuk berbulan2 hehehe

Rupanya susu ada kaitan dgn batuk
Patut la ritu smp dkt 2 bln batuk xmo berenti
 
Ha ah, elakkan minuman yg ada susu mcm milo tu semasa batuk2...
Batuk ni jangan pandang mudah, boleh membawa masalah lain, contoh macam tibi paru2 berair atau mungkin asma
 
Demam ni tindakbalas antibodi badan utk melawan virus...kalau demam biasa2...kena bykkan minum air dan sejukan badan...kalau lebih 3 hari tak kebah demam...elok dapatkan antibiotik...petanda antibodi badan kita tak mampu nak lawan virus tersebut...kena ada bantuan antibiotik...
 
Back
Top
Log in Register