BTC USD 80,397.5 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara ke alam BUNIAN

cara dan tartib masuk:

1. Semasa berbaring, pastikan tubuh penuh tenaga, bukan dalam keadaan penat atau letih atau kepala kusut

2. Dengarkan bunyian alam seluruhnya

3. Fokuskan kepada aliran air ( kerana aliran air mempunyai arus tenaga yang membantu kita memasuki alam)

4. Fokuskan kepada bunyi air terjun atau pancutan air sehingga bunyian lain ( cengkerik, burung, angin lenyap ), yang kau dengar cuma bunyi air sahaja...terus fokus dan rileks

5. Fokus hanya kepada bunyi deruan air sahaja, di dalam keilmuan batin, kau sebenarnya sedang menyerap tenaga dari air, tenaga yang dihasilkan oleh deruan air

6. Dalam sekejap bunyi air ini akan hilang tiba tiba, dan serentak dengan itu juga kau akan dapati bahawa kau sudah berada di satu tempat lain....di alam yang berbeza dengan alam kita.....jauh berbeza


Di sana, suasananya damai, sunyi, aman dan tenteram sekali.... kau mampu berjalan jalan ke mana sahaja selagi terdaya, selagi adanya tenaga alam ( tenaga deruan air tadi ) , tenaga ini akan digunakan sepanjang penggembaraan anda, jika tenaga ini sikit, maka perjalanan kau juga singkat dan pendek... jika tenaga ini besar, insyallah kau mampu menerokai lebih jauh.....perlu diingat, habisnya tenaga Alam ini, maka kau akan kembali ke alam nyata dan sedar semula..... ingat..jasad tetap di sini, yang pergi hanya Sukma kau sahaja....

Jika kau ingin menyerap lebih banyak tenaga Alam ini, kau perlu memakai Aked jenis Lutsinar Atau aked tembus cahaya. Kerana batu aked mempunyai keupayaan menyerap tenaga dan menukarkannya semula menjadi tenaga yang besar.

Baik dipakai sebagai loket dan cincin kanan kiri melengkapkan tenaga Pusat dan tenaga sayap kiri dan kanan....

Awas....ada risikonya jika kau terlalu lama di sana ( energi Alam terlalu besar ), jika terlalu lama...maka tidak mustahil..apabila bangun kau mendapati diri angkau totally 100% jasad juga berada di sana..bangun bangun, engkau bukan berada di alam kita...... Haru jugak Kan..?

Tuan dukun biasa masuk ke... Mcmna rupa bunian tu... Adakah mcm elf dalam cete trilogi the lord of the ring atau mcm trilogy the hobbit?
 
soalan,,,kiranya aku dah masuk tmpt bunian jasad aku kaku la kat tmpt manusia ni kan?cth kalau ada org culik aku/angkat aku sbb depa ingat aku pengsan,apa kesannya bila masa kita sedar?adakah susah kita nak balik atau kita terpaksa mencari jasad kita atau kita boleh sedar tiba2 kat mana2 walaupun jasad kita xda kat tmpt yg masa kita pi me'rayau' tu?
 
dulu ketika remaja aku pertama kali ikut tok guru aku, cara aku masuk ialah memegang tangan tok guru aku lepas itu aku dipimpin ke alam bunian oleh tok tanpa jasad, pertama kali aku masuk di salah sebuah perkampungan bunian yang terletak di sebuah kebun di parit buntar, semua di situ nampak normal dan biasa tetapi sebaik sahaja aku masuk melalui pintu tak berdinding aku dapat melihat sebuah perkampungan yang pada mulanya aku tidak nampak.

Dari jauh aku melihat seseorang sebaya dengan tok guru aku berlari kecil menghampiri kami, memang depa berdua nampak rapat selepas itu aku diperkenalkan kepada dia, rupa rupanya dialah penghulu kampung bunian itu. Kami terus dipelawa masuk ke rumah tetapi dalam perjalanan ke rumah aku dipandang dengan pelik aneh oleh penduduk kampung tersebut, awalnya aku berasa agak takut tetapi tok guru aku sentiasa berpesan ingat Allah, betulkan niat insyallah kita selamat.

pastu ape jadi TT??????
 
soalan,,,kiranya aku dah masuk tmpt bunian jasad aku kaku la kat tmpt manusia ni kan?cth kalau ada org culik aku/angkat aku sbb depa ingat aku pengsan,apa kesannya bila masa kita sedar?adakah susah kita nak balik atau kita terpaksa mencari jasad kita atau kita boleh sedar tiba2 kat mana2 walaupun jasad kita xda kat tmpt yg masa kita pi me'rayau' tu?


wei,bile ko nak balik alam manusia,dah sbulan xmsuk keje
 
Back
Top
Log in Register