BTC USD 81,835.4 Gold USD 4,088.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Hilangkan Sifat Takabbur

biggie80

Active+ Member
Messages
3,293
Joined
Jul 14, 2010
Messages
3,293
Reaction score
803
Points
71
Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakakan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya

by Aziran Mat Nor
 
no5 tu takyah takpe. wat rosak piching
 
Salam 'alaykum
terima kasih, tt... info berguna
jazakallahu khair
 
Kalau semua orang Islam macam ni, inshaAllah aman dunia ni.
1) Aman dari pertelingkahan sesama Islam.
2) Dan aman dari pertelingkahan dengan bukan Islam. Kerana apa? Kerana orang Islam sudah menjadi seorang yang amat mulia. Dan kemuliaan inilah yang akan menundukkan segala kejahatan. Nak lawan kejahatan bukannya dengan kejahatan juga.

:)
 
Last edited:
memang info yg sangat bagus..dulu pernah baca dan pernah amalkan...insyaallah
 
Back
Top
Log in Register