BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cantas kecenderungan pelampau

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Muhyiddin Yassin (dua,kanan) hadir bagi merasmikan Forum Antarabangsa: Menjenayahkan Perang, Menjana Keamanan 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Turut hadir Bekas Perdana Menteri yang juga pengasas Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) Tun Dr Mahathir Mohamad (dua,kiri) dan isterinya Tun Dr Hasmah Mohd Ali. BERNAMA​

KUALA LUMPUR 19 April - Tanda-tanda kecenderungan pelampau dalam kalangan masyarakat perlu dicantas dengan segera sebelum bertukar menjadi ancaman serius kepada keamanan dan kestabilan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan yang kukuh mesti dilaksanakan bagi memastikan setiap ancaman diperiksa dan ditangani sehingga ke peringkat akar umbi.

Beliau memberitahu, Malaysia sudah melaksanakan tindakan itu dengan memperkenalkan undang-undang yang keras bagi menangani ancaman seperti itu termasuk Akta Pencegahan Keganasan (POTA) yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

“Bagi saya, tema persidangan antarabangsa kali ini dengan melibatkan golongan muda untuk menjenayahkan perang dan mencergaskan keamanan amat bersesuaian.

“Itu menunjukkan mesej yang jelas dan lebih tepat bahawa golongan muda memainkan peranan penting dalam membentuk masa hadapan, bagi masyarakat untuk hidup dalam aman dan harmoni,” katanya berucap dalam Forum Dunia Melibatkan Golongan Muda Untuk Menjenayahkan Perang dan Mencergaskan Keamanan di sini hari ini.

Forum dua hari anjuran Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) itu turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri yang juga Pengasas dan Pengerusi KLFCW, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Pengerusi Kelab Menjenayahkan Perang (CWC), Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Sementara itu, Muhyiddin mengingatkan golongan muda mengenai manfaat dan kepentingan ke amanan yang diraih dalam negara serta antarabangsa.

Beliau berkata, nikmat keamanan itu membolehkan kebanyakan rakyat Malaysia menikmati taraf hidup yang tinggi.

“Ramai golongan muda negara ini berkeupayaan mendapat pekerjaan dengan mudah di luar negara disebabkan latar belakang pendidikan rendah dan menengah yang kukuh,” katanya.

Muhyiddin turut memuji Dr. Mahathir kerana sentiasa berpendirian teguh terhadap apa yang dipercayainya dan keberanian di pentas dunia untuk menunjukkan sokongan menentang peperangan.

Beliau berkata, Dr. Mahathir juga amat vokal dalam menyuarakan pendapatnya terhadap peperangan.

“Menyuarakan kebenaran merupakan simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli biasa UMNO. Biar saya memberi jaminan kepada anda tuan (Dr. Mahathir), anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register