tak perlu pun guna agent nak jual rumah.
Step pertama :
Iklan jual rumah / jika dah ada pembeli. Tanya pembeli, ia nak pakai peguam dia, atau peguam yg sama, jika pembeli cakap, saya tak ada peguam, so bolehlah pakai peguam sama. Walau macam mana pun, pembeli berhak pakai peguam dia, dan kita sbg penjual, berhak pakai peguma kita.
Step kedua :
Pergi pejabat peguam / lantik peguam / tanya rakan2 yg penah beli rumah, minta no hp peguam tersebut. Jika pakai peguam asing2, minta number phone peguam pembeli, biar peguam berhubung sama mereka.
Step ketiga.
Serah semua kpd peguam. Peguam akan minta jenis2 dokumen apa hendak di buat urusan jual beli. Semua serahan duit, mesti melalui peguam. Tak ada istilah you sbg penjual pergi minta duit dari pembeli, walaupun duit deposit 10% tersebut. Ikut arahan peguam semua. Peguam dia akan minta duit nga dia. So anggap peguam sbg ORG TENGAH. Semua serah kpd peguam.
Anggaran masa urusan jual beli rumah selesai :
Jika you sbg penjual : Loan kerajaan
Pembeli juga guna : Loan kerajaan
Tempoh : 5 hingga 8 bulan
Jika you sbg penjual : Guna loan bank
Pembeli : Guna loan bank
4 bulan hingga 6 bulan
Anggaran masa letak minimun 5 bulan, sbb peguam perlu buat kerja ikut turn klien dia. So banyak2 bersabar, jgn push peguam, melainkan peguam jenis lembab, 10 bulan tak selesai2 lagi. atau you sbg penjual atau pembeli ada masalah dgn loan.
***Sblm nak jual, pastikan bil elektrik, bil air, segala jenis cukai TERTUNGGAK diselesaikan terlebih dahulu.
***Jika urus sendiri, you sbg pembeli jimat RM5500 minimun. sbb peguam akan minta bil2 terakhir yg tiada tertunggak. Jgn memandai serah kunci kpd pembeli, semua tunggu arahan peguam. Peguam suruh buat A, you buat A, suruh buat B, buat B. Biar pandai, jgn memandai lebih2.
**** Sepanjang proses jual rumah, please stanby dlm RM1600 untuk segala proses yg lowyer akan minta. Segala duit lowyer akan minta, semua tertera maklumat dlm setiap bil ia akan serah nanti. Jgn lupa mack up dlm penjualan rumah lebihan RM1600 tu. terus masukkan dlm harga rumah.
Urusan jual beli rumah mudah ajee, jgn pening kepala. Sebolehnya tanya rakan2 yg penah jual rumah / beli rumah. Tanya soalan mcm ni :
Peguam jual rumah tu ok tak? laju tak buat kerja? kaau ok, ambil ajer peguam tu, sbb rate cas jual beli sama, sbb memang peguam segala bil jual beli detail kiraan.
Selamat menjual rumah.
Sy bukan agent, tapi rumah pertama saya jual, saya memang tak pakai agent, dan selepas tu, saya jual beli rumah, saya urus sendiri sahaja.
Tambahan :
You sbg penjual WAJIB lantik peguam you. Jgn pakai peguam pembeli. Kalau pembeli nak pakai peguam you, itu terpulang. Pengalaman saya penah beli 1 rumah, ada penjual yg memang tak pandai bab2 peguam, itu pun saya tanya, setuju tak pakai peguam saya, penjual tu kata setuju, saya baru lah pakai peguam saya.
Dalam segala urusan jual beli, anggap peguam sbg PENASIHAT UTAMA, sbb you dah lantik dia, jgn dok pertikai banyak benda, tidak you sendiri lah jadi peguam.