BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Camping bersama Ake EP1 - Camperz Hideout Bukit Tinggi

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,133
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
34,133
Reaction score
6,691
Points
486
Salam All,

Actually belum pun p camping cuma saja boring2 nak tulis pre-camping je
aku n budak2 opis aku akan camping di sini 16 Sept (Jumaat) nnt
dengan kekuatan 9 org, kami akan camping di sini semalam
Camperz Hideout (CH) adalah campsite yang baru saja dibuka, bulan lepas
so masih 'panas' lagi kawasan ni
boleh google camperz hideout

1663038929897.png


CH disewa mengikut PLOT2 bersaiz besar dari rm200~rm300 perplot
kalau solo atau duo, agak mahal
namun kalau group agak jimat, mcm group aku ambik rm300 punya side 9 org + 3 tent

usually campsite akan charge perhead + pertent,
katekan satu perhead rm25 + rm50 pertent, lagi mahal jadinye
dan camp base kene share dgn org lain pulak
CH ni plot besar dan agak jauh dari plot lain
1663039222301.png

CH cuma ada basic facility je, tandas dan air, dan sedikit lampu
xde letrik, xde plug point
so pandai2 la cari powerbank, power station untuk eletrik

ini juga adalah camping pertama kami
so maybe akan ade bende xcukup dan xperlu yang dibawa
itu sebab CH adalah pilihan kami, untuk percubaan
lepas ni akan ade camping2 lain yang lebih sukar yang tanpa kemudahan awam langsung

Pre-camping preparation
since aku adalah paling 'pro', paling hensem, paling gile pasal gadget/equipment, maka aku la paling banyak bawak barang
ni adalah list barang2 yg aku bawak
mggu ni agak pening pikir barang ape nak bawak

tent (3 person size) + grounsheet + tarp (6m X 4m)
vanpa powerstation 600Wah | 150k mah https://carigold.com/forum/threads/gadget-review-bersama-ake-ep-5-vanpa-power-station.746074/
2 powerbank 10kmah
led light + torchlight + headlamp
drone mavic air & mavic mini https://carigold.com/forum/threads/gadget-review-bersama-ake-ep-2-dji-mavic-mini.732598/
dji pocket
portable firepit
2 portable stove + gas
wanbo projector (xtau pakai ke idak) https://carigold.com/forum/threads/...-ake-ep-3-wanbo-t2-max-projektor-mini.733020/

ps: kalau ade barang lain yg perlu sila bgtau
 
Last edited:

Its on bois

dah balik rumah dari camping so ni adalah pengalaman pertama camping kitorg

3.00pm
sampai di camsite CH, jalan last km tu mmg kecik gile. Kalau xselisih xde masalah, kalau terselisih mmg jenuh xkan lepas. Masa sampai tu mmg dah rintik2 gak la. Ape2 naikkan flysheet dulu

4pm
Hujan lebat. Nyaris la flysheet dah naik.
cuma flysheet xtegang sbb pole ade 2 je flysheet besar dan berat
Tpaksa la byk kali tolak air bertakung kat bumbung

5.30pm hujan dah reda. Khemah dinaikkan. Khemah pompan naik awal habis basah. Aku pon pelik pasal cepat sgt diorg naikkan khemah
so sampai malam kitorg buat mcm2 bende la. Main UNO, membawang


7pm
Mode malam la. Sediakan makan malam. Naikkan api dekat firepit untuk bbq. Malam plak aktiviti karaoke, UNO membawang. Nasib la malam ni cuaca baik
Aku n member aku tido lewat jam 4.30 am sbb ramalan cuaca kate kemungkinan hujan. Khemah pasang tapi yg lelaki tido bawah flysheet je

8am
Prepare breakfast. Breakfast n mandi sungai. Sungai die cetek je cuma air mcm bau lumpur or racun. Bau biase aku hidu masa kat kg. Racun padi. Cuma xsekuat kat kg aku la

10am
start kemas2

12pm balik

kesimpulan

CH bagus untuk beginner atau family. Sebabnya toilet die ok cuma bawak extra lampu ke toilet. Malam gelap. Org pun ramai maybe sbb public holiday so nak ke toilet pun xtakut sangat

keadaan camsite pun berbatu kecik so kalau hujan xde la becak dan air pulak kalu bawah batu2 kecik tu. Mmg xrisau basah as long as korg pakai groundsheet la.

camsite selesa dan bersih sbb yg datang kebanyakannye campers betul. Bukan budak2 baru nak up yg xreti jaga kebersihan. Tong sampah besar disediakan. Campers lain pun ramah walaupun kebanyakannya cina

untuk yg datang solo dan lelaki mcm kitorg, mcm rugi je bawak khemah sbbnya flysheet selesa. Pada aku kalau solo pun xperlu khemah. Cukup flysheet ( pastikan besar) dan flysheet boleh diubah seperti khemah. Cuma bawak extra pole ( pastikan yg boleh cabut2) kerusi meja dan portable bed. Lebih selesa sbb xperlu groundsheet
contoh
610FA5B9-ED92-4A9C-AA81-588ECBF1411A.jpeg
 
Last edited:
“Alamak tuan, Kicap Jalen takde tuan! Makan tanpa kicap Jalen tak sedap tuan!"
 
“Alamak tuan, Kicap Jalen takde tuan! Makan tanpa kicap Jalen tak sedap tuan!"

bab makanan ni ade betulnya bang

mknn masa camping betul2 kene back to basic
kitorg punya makanan too fancy, xkene keadaan dan masa
BBQ kambing, BBQ ayam, BBQ hotdog untuk dinner betul2 xngam, walaupun sedap
pada aku paling sedap dinner masa camping ni makan nasi + sardin (add suhun|noodle glass)+telur goreng+kicap

breakfast pun sama, kitorg makan omellet + roti bakar +bean
tapi yang best sebenarnye cucur + teh panas
 
park kat thread tuan.. nk baca info kot2 ada tools yg bleh diguna utk motorbike touring..
 
park kat thread tuan.. nk baca info kot2 ada tools yg bleh diguna utk motorbike touring..

lain sikit bang motor n kereta,
kalau kereta, boleh dijadikan BASE, motor pulak xboleh

pada aku BASE penting, sama ada perlu bawak tent + flysheet atau flysheet je
kalau xde kete, mmg kene tent + flysheet
dan barang2 pun kalau motor mmg bawak sikit je

pada aku la, barang paling function adalah powerstation VANPA aku
mmg lame bertahan
sehari camping hanya pakai 50% je power, tu pun 15% power kene sedut dgn plug phone member aku 100watt
Powerstation aku capacity dalam 550Watt/Hour
 
Back
Top
Log in Register