eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Menggunakan beberapa nama baru, segelintir individu tidak bertanggungjawab kini dikesan cuba menghidupkan kumpulan baru yang didakwa mampu memberikan kekebalan dari segi undang-undang kepada ahlinya dan aktif merekrut ahli baru sejak enam bulan lalu.
Bermodalkan bayaran daftar masuk keahlian mencecah hampir RM2,000 bagi setiap individu, kumpulan yang kini aktif di sekitar Lembah Klang berkenaan dikesan mensasarkan golongan muda terutama remaja belasan tahun dan awal 20-an sebagai ahli.
Malah, pergerakan kumpulan mirip Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia berkenaan dipercayai ditubuhkan individu yang sudah dilucutkan keahlian dari Pekida.
Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof, berkata perkara berkenaan baru diketahuinya melalui ahli majlis tertinggi (AMT) pertubuhan itu baru-baru ini.
“Hal berkenaan sedikit sebanyak mencalarkan imej bersih yang dibawa pertubuhan ini (Pekida) berikutan turut menggunakan corak dan reka bentuk mirip logo Pekida.
“Pekida menerusi beberapa siri pemutihan bagi memulihkan kembali imej pertubuhan yang sering dikaitkan dengan kumpulan haram, samseng dan sebagainya memandang serius perkara ini dan kerjasama berterusan bersama pihak berkuasa dilakukan bagi memastikan masyarakat tidak memandang serong terhadap ahli kumpulan ini yang berpegang teguh kepada prinsip termaktub dalam perlembagaan,” katanya.
Jamaluddin menjelaskan kumpulan berkenaan didakwa merekrut golongan pelajar dan mana-mana individu yang berminat perlu membayar RM1,600 bagi membolehkan mereka diiktiraf menjadi ahli dalam kumpulan berkenaan.
“Pekida meminta orang ramai tidak mengaitkan mana-mana pertubuhan yang diragui status pendaftaran mereka dengan pertubuhan ini...kami tidak mengamalkan gaya hidup ala gengster dan jika ada individu berbuat demikian, tindakan disiplin bakal dikenakan terhadap mereka termasuk pelucutan hak sebagai ahli,” katanya yang ditemui pada majlis penyampaian watikah Ayahanda Pekida Wilayah Persekutuan di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selaras dengan usaha membanteras kewujudan pelbagai pertubuhan baru yang didakwa menggunakan pelbagai logo atau lambang berunsur haiwan dan mempunyai warna yang membawa maksud tertentu, Pekida Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif membanteras penggunaan pelekat kenderaan milik atau mirip Pekida oleh individu yang tidak berkaitan dengan pertubuhan itu.
Pengerusinya, Roslan Dahaman, berkata operasi memantau penggunaan pelekat kenderaan berkenaan dilakukan bagi memastikan misi pemutihan pertubuhan itu berjaya direalisasikan sebelum dilakukan di negeri lain seluruh negara.
“Kami menerima maklumat terdapat segelintir individu menggunakan pelekat Pekida dan melakukan pelbagai kegiatan jenayah sekali gus memberi nama buruk terhadap persatuan.
“Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk polis dan arahan pembuangan pelekat oleh individu yang tidak berkenaan akan berkuat kuasa serta merta,” katanya yang ditemui Harian Metro pada majlis yang dihadiri lebih 500 tetamu itu.