eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Taktik yang digunakan cukup licik apabila segelintir samseng pekerja trak tunda hanya perlu menyimbah minyak hitam di atas permukaan jalan sebelum menghendap sambil menunggu kenderaan mangsa terbabas atau kemalangan.
Kumpulan terbabit kemudian akan berpura-pura muncul menghulurkan bantuan sebelum ‘menyembelih’ mangsa dengan dipaksa menggunakan perkhidmatan mereka mencecah anggaran caj ribuan ringgit hanya untuk menunda kenderaan ke bengkel.
Dalam kejadian terbaru kelmarin, dua pelajar kolej menjadi mangsa apabila dua kereta dipandu tiba-tiba menggelongsor dan berlanggar antara satu sama lain sebelum mangsa dipaksa membayar caj tidak munasabah sebanyak RM13,000 hanya untuk menunda kereta berkenaan.
Mangsa, Xu Le, 25, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu ketika dia sedang memandu kereta disewanya untuk pulang ke rumah selepas menjamu selera
Menurutnya, ketika kejadian, lima rakannya turut mengekori dengan memandu sebuah kereta.
“Kemalangan dirancang itu berlaku sebaik saya melalui Jalan Subang Jaya berhampiran Pusat Beli-Belah Summit USJ, di sini. Sebaik tiba di kawasan itu, lampu isyarat tiba-tiba bertukar menjadi merah menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti,” katanya.
Menurutnya, dia yang cuba menekan brek kenderaan terbabit bagaimanapun terkejut apabila keretanya itu masih bergerak sebelum meluncur ke hadapan.
“Pada masa sama, kereta rakan saya yang berada di belakang turut gagal dikawal sebelum menggelongsor lalu merempuh belakang kereta saya,” katanya.
Menurutnya, dua lagi kereta lain yang berada di belakang kenderaan mereka turut gagal dikawal sebelum merempuh belakang kereta rakannya itu.
“Sejurus berlakunya kemalangan itu, saya segera turun dari kereta untuk melihat kerosakan yang berlaku akibat rempuhan berkenaan.
“Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati ada kesan minyak hitam di sepanjang jalan raya yang dipercayai sengaja ditumpahkan bagi menyebabkan kemalangan,” katanya.
“Tidak sampai beberapa minit selepas kemalangan berlaku, beberapa lelaki termasuk dua kenderaan trak penunda muncul sebelum mengelilingi kereta kami yang terbabit dengan kemalangan.
“Beberapa pekerja trak tunda itu yang entah datang dari mana beria-ia memaksa kami membenarkan kereta terbabit ditarik walaupun kesan kemalangan yang berlaku amat kecil,” katanya.
“Pekerja trak tunda itu kemudian mengarahkan kami supaya menurunkan tandatangan di atas sekeping kertas yang tidak diketahui kandungannya. Saya yang ketakutan terpaksa akur walaupun tidak memahami kandungan dokumen terbabit,” katanya ketika membuat aduan di Biro Aduan MCA, semalam.
Menurutnya, lelaki pekerja trak tunda terbabit kemudian segera menarik dua kereta mereka di balai polis berdekatan.
“Sebaik sampai ke balai polis itu, kami diarah membayar RM300 seorang kepada seorang lelaki yang mendakwa sebagai polis yang tidak memakai pakaian seragam polis,” katanya.
Beliau berkata, dia kemudian terkejut apabila dipaksa membayar RM13,000 oleh pekerja trak penunda berkenaan kononnya sebagai kos menunda, menyimpan dan menjaga kenderaan terbabit selain kos membaik pulih kerosakan kereta.
Menurutnya, lelaki itu kemudian memberikan diskaun RM8,300 dan menunda kereta mereka ke bengkel.