BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Caj seludup warga Bangladesh RM13,000 sekepala

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,937
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,937
Reaction score
1,398
Points
201
6285215485989601606_121.jpg


Caj seludup warga Bangladesh RM13,000 sekepala

JOHOR BAHRU – Dua lelaki warga Bangladesh yang disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan migran diberkas dalam Ops Serkap yang dijalankan Jabatan Imigregen Malaysia (JIM) Negeri Johor, Khamis lalu.

Dalam operasi pada pukul 2.30 petang itu, kedua-dua suspek masing-masing berusia 37 dan 46 tahun ditahan di sebuah pangsapuri di Larkin Indah di sini yang dijadikan sebagai rumah transit sindiket penyeludupan terbabit.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd Darus berkata, mereka bertugas sebagai penjaga rumah transit dan pemudah cara kepada mangsa-mangsa penyeludupan yang dibawa masuk ke Malaysia.

“Tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan operasi dan tangkapan sebelum ini terhadap seorang lelaki warganegara Bangladesh yang dipercayai diseludup masuk ke Malaysia melalui pintu masuk Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

“Siasatan awal yang dijalankan seterusnya membawa kepada serbuan ke atas sebuah pangsapuri yang dijadikan rumah transit warganegara Bangladesh,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Rusdi berkata, beberapa pasport warganegara Bangladesh dan wang tunai berjumlah RM14,500 dirampas serta sebuah kenderaan turut disita.

Katanya, hasil siasatan juga mendapati aktiviti penyeludupan itu dipercayai telah dijalankan sejak 2 bulan lalu dengan mengenakan bayaran sebanyak RM13,000 seorang bermula yang dibawa melalui Singapura.

Tambah beliau, kedua-dua suspek yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan di bawah Akta Pasport 1966 (Akta 150).-

ARTIKEL KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

smlm aku bawak grab part time sbb cuti new year ..

dpt job pick up depan mydin sinar kota .. yg naik cek mek klate comey² .. dia kata tak sabar² nk keluar dari situ sbb banyak bangla ..90% ..

serik dia dtang lebuh ampang/jln silang / mydin sinar kota ... aku ckp aku yg nak pick up dia pun pelik .. cam mana cek mek klate comey² dok datang ko mydin sinar kota .. gi la masjid india ko .. usj ko ...

dia ckp dia baru datang dari golok .. x tau apapa
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register