BTC USD 62,496.3 Gold USD 4,319.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Caj tambahan di KLIA2

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Aireen (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani di KLIA2, semalam. Foto oleh AZMI ARYANTO


SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd menegaskan syarikat itu perlu mengenakan yuran daftar masuk sebanyak RM3 kepada semua penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, caj itu dikenakan kerana sistem daftar masuk di KLIA2 ialah sistem milik lapangan terbang.

"Berbanding ketika di LCCT, kami gunakan sistem sendiri. Jadi kami tiada pilihan selain mengenakan caj itu,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian hadiah kempen #noweveryonecanfly AirAsia dan AirAsia X di pejabat sementara AirAsia di KLIA2, semalam.

Laman web AskAirAsia turut menjelaskan yuran itu bagi mengimbangi cajmandatori ke atas syarikat penerbangan untuk kemudahan di KLIA2 seperti sistem daftar masuk SITA dan aerobridge yang dikenakan pihak berkuasa lapangan terbang.

Pengendali KLIA2, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) semalam dalam satu kenyataan sebelum itu memaklumkan menerima pertanyaan orang ramai berhubung caj RM3 dilabelkan sebagai 'yuran KLIA2' dalam harga tiket AirAsia.

"Kami telah meminta AirAsia menjelaskan caj tambahan RM3 ini kerana tidak ada caj seperti itu dikenakan oleh lapangan terbang ini," menurut MAHB.

Sementara itu, Aireen berkata, AirAsia akan memastikan pengurusan dan operasi syarikat itu lebih produktif bagi meminimumkan kos operasi di KLIA2.

"Operasi di KLIA2 lebih besar berbanding di LCCT sebelum ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk menguruskan operasi lebih produktif bagi mengelak sebarang caj tambahan dikenakan kepada penumpang kelak,” katanya.

Beliau berkata, memasuki hari kedua operasi AirAsia di KLIA2, segala urusan penerbangan berjalan lancar kecuali beberapa masalah kecil yang berpunca daripada kekeliruan.

AirAsia memulakan operasi secara rasmi di KLIA2 semalam selepas beroperasi selama lapan tahun di LCCT.
 
Biasalah dasar orang bisnes.. Nak salahkan orang lain jer
 
Air Asia ni mmng...
Byk caj tersembunyi n mengelirukan org ramai...
 
tiada pilihan.... selalunya mereka murah skit...
kastemer sangup bayar rm3.
kenapa mas ***** sangat taknak lawan harga bila org lain main harga....
 
Marah xdapat buat airport sendiri. Le tu..

Biasa laa..

Dalam bisness seboleh2 nya xnak tanggung kos overheat sewaan ni..
 
dah macam bayar parking lak hahahaha
 
Back
Top
Log in Register