BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Caj rawatan pesakit kekal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
MELAKA – Pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan tidak dikenakan bayaran lebih walaupun penyusutan nilai mata wang ringgit menyebabkan kenaikan harga ubat dan peralatan kesihatan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, walaupun Kementerian Kesihatan terpaksa menanggung kos lebih tinggi berikutan penyusutan nilai ringgit namun kerajaan tidak merancang ‘memindahkan’ kenaikan kos itu kepada rakyat.

Bagaimanapun katanya, mereka yang mendapatkan rawatan di hospital swasta mungkin dikenakan bayaran lebih jika penyedia perkhidmatan itu tidak menyerap kenaikan kos tersebut.

"Kesan daripada keadaan ini ialah pesakit daripada sektor swasta, yang mungkin tidak dapat menampung kos lebih itu," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Makan Malam Tahunan Ke-33 Persatuan Perubatan Malaysia di sini kelmarin.

Subramaniam berkata, kenaikan harga ubat dan peralatan kesihatan itu adalah di luar kawalan kerajaan kerana penyusutan nilai mata wang berlaku hampir di seluruh dunia.

Kenaikan harga itu mungkin memberi kesan kepada ubat dan peralatan yang dihasilkan dalam negara.

"Ya, kemungkinan besar (harga naik) kerana banyak peralatan dan ubat kita beli dari luar negara. Ada yang diperbuat di sini seperti ubat generik tetapi bahan mentah untuk membuat ubat itu diimport," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kenaikan itu dijangka bersifat sementara dan tidak akan menyebabkan kekurangan bekalan ubat di negara ini.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
 
Back
Top
Log in Register