BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Caj khidmat PTPTN dikaji semula

capachou

Active Member
Messages
2,024
Joined
Feb 19, 2008
Messages
2,024
Reaction score
9
Points
25
Caj khidmat PTPTN dikaji semula -
UTUSAN Malaysia, 24 April

MELAKA 23 April – Caj perkhidmatan sebanyak tiga peratus yang dikenakan ke atas para pelajar yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) akan dikaji semula bagi memberikan keselesaan kepada peminjamnya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, caj perkhidmatan itu bukan faedah pinjaman seperti yang dikenakan institusi kewangan komersial.

“Ia hanyalah caj untuk pengurusan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ada menyuarakan cadangan untuk mengkaji semula caj sebanyak tiga peratus ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia Dengan Industri di sini hari ini.

Idris enggan mengulas sama ada caj tersebut akan dikurangkan atau dinaikkan. Bagaimanapun, beliau percaya sebarang keputusan kerajaan berhubung isu itu akan memberi keselesaan kepada peminjam PTPTN.

Bilangan peminjam PTPTN di seluruh Malaysia berjumlah 1.2 juta manakala dana yang terkumpul pada masa ini ialah RM23 bilion.

Isu caj PTPTN mula diperkatakan persatuan-persatuan pelajar sejak setahun lalu.

Menurut Idris, caj perkhidmatan dikenakan bagi memastikan perbadanan itu mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung pinjaman pelajar lain pada masa depan.

“PTPTN sebenarnya tidak mempunyai sumber kewangan. Perbadanan itu mendapatkan wang daripada pembiaya dan pihak pembiaya telah mengenakan pelbagai caj kepada kerajaan termasuk caj kewangan.

“Tetapi semua caj tersebut ditanggung oleh kerajaan dan bukan dibebankan kepada peminjam. PTPTN hanya mengenakan caj tiga peratus bayaran untuk perkhidmatan dan caj itu bukan riba,” kata beliau.

Baru-baru beberapa peminjam PTPTN menyuarakan rasa tidak puas hati kerana perbadanan itu mengenakan caj sebanyak tiga peratus daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar semula selepas mereka tamat pengajian di universiti.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula menuntut PTPTN mewujudkan panel syariah kerana terdapat dakwaan yang mengaitkan caj tersebut sebagai amalan riba yang bertentangan dengan Islam.


Apa komen korang arr...:-? Pada aku caj perkhidmatan RM60 sebulan serupa menyembelih peminjam.. Watever la apa nama dia, caj perkhidmatan ke, apa2 pn.. Bayar RM100 bulan ni, bulan depan tak mampu bayar, bulan berikutnya nk bayar, rupanya dah terkambus dek interest 3% yg tinggi amat.. :mad:
 
Atas perkhidmatan ape yg pihak PTPTIPU ni bagi sampai nak caj RM60 sebulan tu.. :(scam :(scam :(scam :(scam :(scam
 
jgn lupa charge bulanannya tu... semakin hari semakin bertimbun.. sib baik aku dulu scholarship MARA.. preeeee.... je.. he he..

I LOVE MARA....
 
huhu...sapa suh korg p pnjm..!!
sib baik x pnjm..!!
usha sndri..jual berger ke apa ker,,
kja part time ker..
motif.. +ve
 
huhu...sapa suh korg p pnjm..!!
sib baik x pnjm..!!
usha sndri..jual berger ke apa ker,,
kja part time ker..
motif.. +ve

mana larat JPA/MARA nk bg kt smua orang pinjaman bro.. rezeki masing2 la dapat PTPTN ke JPA ke.. aku org susah, tak macam ko.. so trpaksa buat pinjaman semata2 nk blajor.. :D :D :D
yeah be +ve.. sokong:)cgrock
 
hari tuh seb beik Pak Lah tak tumbang..kalau tak..PTPTN free
 
huhu...sapa suh korg p pnjm..!!
sib baik x pnjm..!!
usha sndri..jual berger ke apa ker,,
kja part time ker..
motif.. +ve

ko cakap mcm budak darjah satu..baru masuk belajar ker bang:eek: :)) :eek:
 
sib baik aku dulu ngan JPA je..interest free
 
Back
Top
Log in Register