BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate Cadangkan pendapatan bulanan ideal bg keperluan hidup dibandar vs dikampung

Jejaka Kedekut

Legendary Member
gem
Messages
11,086
Joined
Nov 28, 2007
Messages
11,086
Reaction score
23
Points
115
kita sedia maklum,kos hidup kita berbeza walaupun tinggal di negara sama.

oleh itu aku cadangkan korang cakap berapa pendapatan minima (secara kasarnya)sesuai bagi negeri/wp di malaysia ni.

contohnya kalau dapat 3k sebulan duduk kelantan ni kira mewah dah jugak.kalau dapat 3k sebulan duduk KL ibarat cacing dalam cuka lah.~X(

sila reply cakap negeri/wp dan jumlahnya .





wp kl - rm ?

wp putrajaya - 7k

wp labuan -rm ?

perlis bandar - RM2.5k
perlis kampung - RM1.5k


kedah bandar - RM3k
kedah kampung - RM1.5k


Penang bandar - RM5k
Penang kampung - RM2.5k


perak - bandar RM3500.

kelantan - rm 3k

terengganu -rm 5k

pahang - rm ?

johor - bandar rm4ribu - rm5ribu,kampung rm2ribu

melaka - rm3500

n.sembilan - rm?

selangor - rm 5.5k

sarawak -rm?

sabah - rm?
 
Last edited:
adik aku kerja putrajaya.bini tak kerja.dia cakap 6k pun dah perit dah.
oleh itu aku cadangkan 7k.
 
Katakan, kerja itu melibatkn beban 50kg. Kerja yg sama ada di setiap negeri.
Ada kah bila melakukan kerja itu contoh di kelantan, berat tersebut 50kg jd ringan atau bekerja di kuala lumpur berat 50kg itu jd teramat berat?

Minimum gaji sebenarnya bergantung pd level kerja tersebut.
Untuk purata pendapatan bulanan bergantung kepada individu tersebut.
 
subjektif sebenarnya soalan ni. besar periuk, maka besarlah keraknya.. kalau individu yg mengamalkan kehidupan yg mewah, rm10k di kelantan pun tak mencukupi.. begitulah sebaliknya.
 
di kuala terengganu ikan sardin rm10-12 skilo.sotong candat rm22 skilo.udang rm25-30 skilo.
ikan tongkol rm12-18 skilo.ikan selar rm14 skilo.kerisi rm10 skilo.ayam 7.80 skilo.daging rm30-32 skilo.
rumah teres 3 bilik rm260k-300k.semi-d rm350k-400k.sewa umah paling murah rm350(itupun kena brebut).gaji klu bukan kakitangan krajaan rm350-1200.ada fresh engineer ditawarkan gaji 900 je.
agak2 mahal ke murah hidup kat tranung
 
duit ni buh byk mana pun bole habis.. ssh soalan tt yang ni...
hari2 makan nasi kicap rm1k gaji pon ada lebih..
hari2 makan menate' gaji 5k pun tak cukup
 
di kuala terengganu ikan sardin rm10-12 skilo.sotong candat rm22 skilo.udang rm25-30 skilo.
ikan tongkol rm12-18 skilo.ikan selar rm14 skilo.kerisi rm10 skilo.ayam 7.80 skilo.daging rm30-32 skilo.
rumah teres 3 bilik rm260k-300k.semi-d rm350k-400k.sewa umah paling murah rm350(itupun kena brebut).gaji klu bukan kakitangan krajaan rm350-1200.ada fresh engineer ditawarkan gaji 900 je.
agak2 mahal ke murah hidup kat tranung

negeri hak tangkap ikang pun rege ni...mapuh kerah...
 
Katakan, kerja itu melibatkn beban 50kg. Kerja yg sama ada di setiap negeri.
Ada kah bila melakukan kerja itu contoh di kelantan, berat tersebut 50kg jd ringan atau bekerja di kuala lumpur berat 50kg itu jd teramat berat?

Minimum gaji sebenarnya bergantung pd level kerja tersebut.
Untuk purata pendapatan bulanan bergantung kepada individu tersebut.

sebelum ini kita guna konsep berat 50kg sama di seluruh negara.:)
kemudian orang kl pulak kata.gaji 3k mana cukup .

thread ini mencari jawapan kepada soalan berapakah gaji yang cukup secara kasarnya di kl.
 
negeri hak tangkap ikang pun rege ni...mapuh kerah...

jgn kata org luar yg pelik,org tranung sendiri pun garu pale tgk harga barang basah kat tranung.aku rasa harga ikan kat NSK pn jauh lg murah
 
Back
Top
Log in Register