Soalan ni sebenarnya dah lama dipersoalkan disebabkan ada sesetengah user (yang buat program) mengambil kesempatan untuk memeriahkan topik mereka, kadang-kadang tu sampai berbelas ID dia create semata-mata untuk program tu.
Memang boleh buat begitu, tapi keberkesanan dia mungkin dalam 0%-5% saja. Untuk cukupkan 100 post tu pun sekejap je.
Aku faham fasal apa kau utarakan cadangan ni mostly probably coz of program matrix labu peram tu. Untuk pengetahuan, section tu sebenarnya mmg tak useful pada kita mahupun pada forumers, tapi kita masih wujudkan untuk educational purposes. Orang Malaysian ni suka main redah je masuk apa-apa program tanpa usul periksa, sekurang-kurangnya dengan section yang bernama begitu, dan ada komen-komen user like you, description forum kita bold kaler merah, dah cukup memberi tanggapan yang sepatutnya untuk users. Dan selepas itu, terpulang pada kewarasan pemikiran masing-masing untuk join or not.
Bagi pihak public forum tak boleh simply delete/disable/condemn program-program macam ni even memang nampak absolutely tak betul/illegal, sampai gomen pun naik bising, kita kena guna cara yang lebih matang untuk difikirkan oleh orang yang dewasa/matang. Nowadays, banyak pihak tak kira yang berkuasa ke or yang tak berkuasa, ambil pendekatan drastik/melulu tanpa usul periksa dalam banyak perkara berkenaan online money making. Contohnya berkenaan skim cepat kaya, banyak cara untuk lain untuk halang orang lain masuk, tetapi disebabkan kurangnya ilmu tentang itu ini, kerja tak professional (suka dengar cakap orang, sedangkan orang tu penipu, [penjenayah depan mata]at last decide benda yang tak betul), akhirnya, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Oleh itu, kita sebagai forumer (especially dlm online money making) yang ada jati diri, berilmu dan bertawakal, kalau boleh jangan terlalu ikutkan hati disebabkan banyak benda tak betul depan mata kita berlaku, kawal perasaan tetapi masih boleh beri input yang berguna untuk orang baru. Barulah semua orang tak kena scam
Anyway, mr alban i thank you for your idea, and i salute you for giving a lots of input in this forum. Keep posting!
That's one of factor

, but the truth is we need to educate people also.