BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan Anwar-Arif berdebat

far_east

Fun Poster
Messages
136
Joined
Dec 20, 2006
Messages
136
Reaction score
0
Points
10
22
Aug
08Cadangan Anwar-Arif berdebat
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Hebahan and Sidenotes Dari Malaysiakini

Sebuah badan bukan kerajaan mencadang supaya calon Barisan Nasional (BN) dan PKR mengadakan debat rakyat untuk memberi peluang kepada penduduk Permatang Pauh menilai siapakah yang terbaik buat mereka.

Badan tersebut - Teras Pengupayaan Melayu (Teras)- yang mendakwa tidak terikat dengan mana-mana organisasi politik, berhasrat untuk menganjurkan debat rakyat tersebut.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, debat itu juga dapat memperlihatkan calon mana - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Datuk Arif Shah dari Umno - yang mampu mengutarakan visinya yang jelas, bukan sahaja untuk Permatang Pauh, tetapi juga untuk negara.

“Kami mencadangkan debat ini diadakan pada 24 Ogos 2008 jam 2 petang di mana-mana kawasan di dalam Parlimen Permatang Pauh.

“Kami berhasrat debat ini dapat ditonton serta didengari oleh penduduk Permatang Pauh dan seluruh Malaysia. Oleh itu, kami mencadangkan debat ini juga dapat disiarkan secara siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, TV9 dan Astro Awani,” katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Azmi berkata, debat tersebut tidak bermaksud untuk warga Permatang Pauh semata-mata, tetapi sudah tentu menarik perhatian seluruh negara kepadanya.

Perkembangan kempen

“Oleh itu tajuk debat yang bakal kami cadangkan pastinya mempunyai kepentingan bersama, iaitu buat penduduk Permatang Pauh juga untuk rakyat Malaysia seluruhnya.

“Bersesuaian dengan bulan menyambut kemerdekaan iaitu bulan Ogos, maka tajuk debat yang kami cadangkan ialah ‘Rakyat Merdeka, Negara Merdeka.’,” katanya.

Katanya, perkembangan kempen yang sedang rancak diadakan terutama oleh Anwar dan Arif Shah sekarang, memerlukan suatu anjakan segera supaya “budaya politik yang lebih matang dan sihat dapat diketengahkan kepada rakyat”.

Mohd Azmi berkata, Teras mendapati ada tanda-tanda sangat tidak sihat dalam amalan berkempen untuk menang di mana tumpuan kepada serangan peribadi calon lebih diberi perhatian berbanding dengan bagaimana negara harus ditadbir dan krisis ekonomi dapat ditangani.

“Malah yang jauh lebih utama ialah menumpu kepada bagaimana negara harus mengatasi kemelut sosio-ekonomi-politik yang terus menjadi cabaran yang semakin rumit dan kompleks.

“Kami resah melihat semakin berkembangnya budaya di kalangan ahli politik dan organisasi yang mereka wakili untuk mempolemikkan isu picisan serta terlibat di dalam kempen membunuh keperibadian
individu tertentu,” tambahnya.

‘Angkat darjat politik’

Menurut Mohd Azmi, ini jelas tidak akan membantu untuk mengangkat darjat politik ke tahap yang lebih bermaruah jika yang dijadikan bahan kempen ialah menyerang peribadi secara kotor.

“Kami tidak mempunyai tujuan lain dalam menganjurkan debat ini, selain mengharapkan debat ini menjadi medan untuk mengangkat isu-isu nasional dan tempatan,” katanya sambil menambah debat itu juga bertujuan mempertingkatkan mutu wacana politik nasional dan tempatan.

Teras, katanya, bercita-cita untuk melihat satu budaya baru dalam suasana berkempen di negara ini, di mana calon-calon dapat memperlihatkan kematangan dan kualiti pemikiran mereka kepada pengundi.

Dengan itu, kata Mohd Azmi, para pengundi dapat membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi dan dinilai dengan matang .

“Kami percaya kemahiran berhujah serta keupayaan untuk menyampaikan hujah tersebut juga merupakan salah satu ciri kepimpinan yang perlu ada kepada setiap individu yang ingin menjadi wakil kepada rakyat di Parlimen nanti,” tambahnya.
 
akuan bersumpah lagi...



STATUTORY DECLARATION


I, THAGARAJOO A/L THANGAVELU (NRIC No. 590821-10-6033) a Malaysian citizen of legal age and residing at No. 20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan do solemnly and sincerely affirm and say as follows:-

(1) I am a Driver by profession.

(2) Sometime in 1995, I commenced employment with one Datuk K.S. Nallakaruppan (“Datuk Nalla”) as his driver. During the course of my employment with him, over a period of about five (5) years, I became privy to many events and incidents involving Datuk Nalla, primarily that involving his friendship with Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim (“DSAI”). They were close personal friends.

(3) During my initial years of employment with Datuk Nalla, I frequented a house in Jalan Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur, which was tenanted by Datuk Nalla. The owner of the said house was Dato’ Muhammad Shafee Abdullah (“Dato’ Shafee”). Datuk Nalla kept the said house as a guesthouse for his friends to use. This house was tenanted for about 1½ years. Later, Datuk Nalla tenanted a condominium at Tivoli Villa.

(4) Sometime in 1998, I was called by Dato’ Shafee to his office. It was a one-to-one meeting which lasted about an hour. Dato’ Shafee asked me to relate the happenings at the said tenanted house. I did so, as I was instructed by my boss, Datuk Nalla, to cooperate in every manner possible. My conversation with Dato’ Shafee was tape-recorded. During the course of the meeting, Dato’ Shafee stopped the tape-recording on four (4) to five (5) occasions. With the tape-recorder switched off, I would be told to say things to implicate DSAI in sex scandals with various women. Upon resumption of the recording, I narrated to Dato’ Shafee as instructed.

(5) On 21st August, 1998 (I remember the date vividly as it was my birthday) I was called to Bukit Aman by Tan Sri Musa Hassan (now the IGP) and thereafter two (2) police officers brought me to meet Tun (then Dato’ Seri) Dr. Mahathir Mohamed, the then Prime Minister of Malaysia. The meeting lasted about one (1) hour. I was asked to relate to Dr Mahathir of what I knew of DSAI’s movements and doings. I did so as I was assured I would be protected and financially rewarded. On no occasion did I say anything about DSAI’s private meetings with any male acquaintance as there were none.

(6) I make this Statutory Declaration as there now appears to be a sinister attempt by some parties to conspire against DSAI on similar allegations as in 1998 which I strongly and firmly believe are not true at all.

And I make this solemn declaration conscientiously believing the same to be true and by virtue of the provisions of the Statutory Declaration Act, 1960

SUBSCRIBED and SOLEMNLY DECLARED )
by the abovenamed THAGARAJOO A/L )
THANGAVELU at Kuala Lumpur in the )
State of Wilayah Persekutuan )
This 21st day of August 2008 )

Before me,
 
AKU TAK SETUJU BUAT DEBAT.

JANGAN JANGAN JANGAN LA DSAI terima idea ni.

Aku takut BN akan salah guna lagi spt debat pertama dulu.

Aku takut debat tu dirancang semaksima mungkin oleh BN.

Dan esok lepas debat, keluar di Utusan Melalut, Arif menang debat, Arif lebih layak diundi, bla bla bla..

Lagi pun masa dah suntuk nih.
 
Last edited:
debat je... berani kerana benar... !!
 
hahaha.. aku yakin dengan dsai.. dia akan menang jua d p.pauh... hehehe bn sudah retak meniti belah..
 
Takper.. Tak terima pun tak apa sebab cabaran ni bukan dari mulut UMNO sendiri. Kalau dari UMNO, sudah tentu kalau DSAI tak terima, mereka akan buat cerita yg DSAI ni penakut dan pengecut.

Haha.. UMNO nih mcm2 taktik kotor akan mereka buat. Konar sana, konar sini. Apa nak jadi diaorang nih.
 
Back
Top
Log in Register