BOCK
Legendary Member

- Messages
- 17,853
- Joined
- Sep 3, 2007
- Messages
- 17,853
- Reaction score
- 59
- Points
- 120
SUNGAI PETANI: Pergerakan Puteri Umno Kedah mencadangkan Puteri Barisan Nasional (BN) diwujudkan bagi memudahkan kerjasama parti komponen dalam usaha menarik minat golongan muda menyokong parti itu.
Ketuanya, Shahanim Mohd Yusoff berkata, ketika ini, pergerakan itu sukar untuk mendekati pengundi muda Cina dan India, namun tetap akan berusaha meskipun maklum balas diterima kurang baik.
“Sebab itu saya cadangkan puteri BN perlu diwujudkan kerana melaluinya sudah pasti kerjasama antara puteri parti komponen dapat diselaraskan sekali gus memudahkan mereka melaksanakan tugas diberi terutama ketika menghadapi pilihan raya.
“Bagi saya puteri BN penting kerana dalam pilihan raya seperti ini kita dapat bergabung dan saling bekerjasama bagi menarik golongan muda India dan Cina agar menyertai BN,” katanya selepas merasmikan program pemeriksaan kesihatan percuma di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu di sini semalam.
Mengenai jumlah pengundi muda di Bukit Selambau, Shahanim berkata, terdapat kira-kira 13,766 pengundi muda, daripada jumlah itu 7,102 adalah pengundi Melayu; 2,654 (Cina) dan 3,909 (India) dan seramai 101 mewakili kaum lain.
aik ... tak cukup lagi ker .... tapi tak pe ... boleh perabih lagi duit ameno