ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Hamzah Rahmat
KUALA LUMPUR 27 Mac – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa kerajaan menjadikan tiga bulan pertama pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai tempoh percubaan.
Presiden MATTA, Hamzah Rahmat berkata, hal ini demikian kerana kebanyakan industri terutama pelancongan belum bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaan sistem percukaian berkenaan.
Katanya, kebanyakan daripada lebih 3,100 ahli MATTA menyuarakan masalah berhubung perisian perakaunan yang perlu dinaik taraf.
“Bagi membolehkan GST dilaksanakan dengan lancar, MATTA cadangkan tiga bulan pertama dijadikan tempoh percubaan bagi membolehkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengumpul data-data penting bagi melicinkan pelaksanaan cukai tersebut.
“Kemudiannya diikuti dengan tempoh enam bulan untuk perisian tersebut bersedia sepenuhnya dengan setiap keperluan GST. Ketika ini masih belum ada perisian di pasaran yang 100 peratus memenuhi kriteria GST,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berkenaan pelaksanaan GST dalam industri pelancongan dan pengembaraan di sini, semalam.
Dalam pada itu, Hamzah memberitahu, pakej pelancongan domestik dan juga antarabangsa akan mengalami kenaikan antara tiga hingga empat peratus selepas pelaksanaan GST.
Jelasnya, kenaikan berkenaan melibatkan perkhidmatan sewa kenderaan, utiliti dan juga yuran kemasukan ke taman tema dan lain-lain.
“Namun begitu jumlah kemasukan pelancong luar negara ke Malaysia tidak akan mengalami perubahan ketara tetapi akan menjejaskan pelancongan domestik,” ujarnya.