BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cabaran solat angkasawan UAE pertama

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
25hmastron_1569384015.jpg


HAZZAA akan berada di angkasa selama lapan hari. - Agensi
DUBAI: Angkasawan pertama Emiriah Arab Bersatu (UAE) diberi garis panduan cara beribadah di angkasa lepas.

Angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menyaksikan 16 matahari terbit dan terbenam sehari seterusnya menyukarkan ibadah, contohnya solat dan berpuasa, lapor Daily Mail.

Hazzaa Al Mansouri dipilih daripada lebih 4,000 orang untuk menjadi angkasawan pertama UAE.

Beliau yang akan berlepas dari Kazakhstan hari ini diberi garis panduan beribadah oleh Pihak Berkuasa Hal Ehwal Islam Dubai.

Menurut The National, dia dinasihatkan menunaikan solat mengikut waktu ditetapkan di Makkah.

Angkasawan Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor sebelum ini dinasihatkan mengikut waktu solat di Kazakhstan di mana roket membawanya berlepas, pada Oktober 2007.

Bagaimanapun, UAE menetapkan Makkah lebih sesuai berbanding negara tempat dia berlepas kerana ia bandar paling suci dalam agama Islam.

Selain itu, untuk menyelesaikan masalah kiblat, dia dinasihatkan menghadap bumi ketika solat, namun jika terlalu sukar Hazzaa dibenarkan menghadap ke mana saja untuk menunaikan ibadah itu.

Hazzaa juga diingatkan cuba sedaya upaya berwuduk sama ada menggunakan air jika ada atau sekadar bertayamum jika tidak.

Selain itu, puasa masih diwajibkan ketika Ramadan walaupun berada di angkasa.

“Penting untuk angkasawan mengetahui waktu ditetapkan ketika bulan suci itu,” kata garis panduan berkenaan.

Bagaimanapun, Hazzaa hanya akan berada di angkasa selama lapan hari.

Hazzaa akan menyertai angkasawan Russia Oleg Skripochka dan Amerika Syarikat (AS), Jessica Meir di ISS.

Menurut NASA dia dijadualkan kembali ke bumi pada 3 Oktober ini, manakala dua rakannya pulang pada musim bunga tahun depan.

Dia bakal menjadi angkasawan ketiga dari negara Arab, selain yang pertama ke angkasa sejak 1980-an.

Pada 1985, Sultan bin Salman Abdulaziz Al Saud dari Arab Saudi menyertai misi Space Shuttle AS, manakala Muhammed Faris dari Syria menyertai misi oleh Kesatuan Soviet, dua tahun kemudian.


 
klo nampak bumi tu bulat diam2 je. kang up status teruk kena kecam

heh
 
Spaceflight participant boleh dikategori sebagai angkasawan ? sama macam Dr. Sheikh Muszaphar .. mereka ini hanya diberi latihan untuk bagaimana berada dan mempelajari sendiri aktiviti harian bumi di ISS sebagai pelancong :unsure: .. saya ada baca, spaceflight participants tidak diberi kebenaran kendalikan sebarang sistem disana ..

Christina Koch - 196 days in space
Flight Engineer

Nick Hague - 196 days in space
Flight Engineer

Alexey Ovchinin - 196 days in space
Commander

Alexander Skvortsov - 68 days in space
Flight Engineer

Andrew Morgan - 68 days in space
Flight Engineer

Luca Parmitano - 68 days in space
Flight Engineer

Oleg Skripochka - 196 days in space
Flight Engineer

Jessica Meir - 1 day in space
Flight Engineer

Hazzaa Ali Almansoori - 1 day in space
Spaceflight Participant

Space flight participant is the term used by the U.S. National Aeronautics and Space Administration (NASA),[1] the Russian Federal Space Agency (RKA) and the U.S. Federal Aviation Administration (FAA)[2] for people who travel into space, but who are not professional astronauts.

While the term gained new prominence with the rise of space tourism, it has also been used for participants in programs like NASA's Teacher in Space and astronauts designated by inter-government agreements like the Angkasawan program and the Korean Astronaut Program.

Sumber https://en.wikipedia.org/wiki/Space_flight_participant
 
Back
Top
Log in Register