eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Ketahanan diri penting untuk melindungi institusi kekeluargaan berhadapan pelbagai masalah
PERKEMBANGAN dunia hari ini menyaksikan perubahan yang pesat pada persekitaran individu dan juga masyarakat. Kesan perubahan pesat itu mahu tidak mahu mendedahkan individu dan masyarakat dengan pelbagai cabaran mahupun ancaman. Lebih membimbangkan, perubahan pesat itu boleh membawa implikasi negatif dalam pembentukan sebuah keluarga.
Senario yang berlaku itu secara tidak langsung menuntut keluarga, khususnya ibu bapa menjadi lebih bersedia dan mampu menangani segala cabaran. Ini perlu kerana dalam era globalisasi yang membawa kepada kepantasan perubahan persekitaran tempatan dan global, anak-anak remaja terutama cenderung untuk menjadi lebih rapuh.
Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Rohany Nasir, berkata kaunseling yang berkesan mampu memberi kekuatan kepada ibu bapa.
Katanya, sebagai peneraju atau pelindung keluarga pula, ibu bapa boleh memimpin dan membela anak ke arah pembentukan ketahanan diri yang sangat diperlukan untuk mampu berhadapan dengan cabaran semasa.
Dr Rohany berkata, ibu bapa yang ada ketahanan diri bukan saja berkemampuan membesarkan anak, tetapi memastikan mereka juga mempunyai ketahanan diri serta berupaya bertahan dalam apa keadaan sekali pun.
“Keadaan ekonomi dan isu sosial yang melanda global dan tempatan pada masa kini menyebabkan wajarnya kaunseling keluarga memberi tumpuan kepada usaha untuk mempersiapkan semua ahli keluarga dengan ciri-ciri ketahanan diri yang mantap. Penumpuan kepada aspek positif ketahanan diri itu memberi harapan dan diyakini dapat membantu ahli keluarga lebih bersedia berhadapan dengan segala cabaran dan anasir yang kurang sihat,” katanya ketika memberi ucaptama pada bengkel Kaunseling Peringkat Kebangsaan ke-26 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini.
Bengkel dua hari yang bertemakan Kaunseling Efektif Keluarga dan Masyarakat itu anjuran Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM bersama pelajar diploma psikologi sesi 2008/2009.
Dr Rohany berkata, kaunseling berkesan penting kerana ia akan mengenal pasti potensi untuk menjadi lebih kuat dan ada ketahanan diri dengan meneroka kekuatan serta keperluan keluarga.
Justeru, hubungan keluarga yang positif juga perlu dilengkapi tahap krisis rendah di antara ibu bapa dan anak. Ini bermaksud, dalam memastikan kaunseling berkesan ibu bapa dan anak seharusnya kurang mempunyai konflik perhubungan iaitu tidak selalu bertengkar mahupun berselisih pendapat.
Katanya, berbanding kehidupan masa lalu yang lebih ringkas, hari ini ia didapati semakin kompleks sehinggakan ibu bapa zaman ini tidak dinafikan berdepan lebih banyak cabaran. Apatah lagi, anak turut mempunyai pengalaman baru dari luar iaitu melalui internet yang mungkin positif atau negatif diperolehnya.
“Ibu bapa perlu peka dengan cabaran dan tuntutan yang dihadapi anak. Selain itu, ibu bapa juga berdepan dengan cabaran untuk memahami dan memenuhi keperluan rohani dan jasmani mereka. Pada masa sama, ibu bapa juga mempunyai tuntutan terhadap dirinya sendiri sebagai seorang pekerja yang perlu berhadapan dengan arus globalisasi, di samping menjadi anak yang mungkin mempunyai tanggungjawab sebagai anak. Untuk itulah ibu bapa sebagai teraju kepada keluarga perlu mempunyai ketahanan diri supaya mereka mampu membina sebuah keluarga yang teguh,” katanya.
Ketahanan diri yang dimaksudkan merangkumi beberapa perkara. Ketahanan diri dari perspektif psikologi, misalnya adalah keupayaan individu untuk berhadapan dengan tekanan dan bencana. Selain itu individu juga perlu ada ketahanan diri terhadap kejadian negatif. Realitinya, individu yang mempunyai ketahanan diri adalah mereka yang memperoleh faktor pelindung diri dan tidak berisiko menjadi rapuh.
“Ahli psikologi sudah mengkaji ketahanan diri dan tingkah laku manusia sejak 1970-an. Selepas itu mereka kurang berminat mengenai keperluan dan kepentingan ketahanan diri dalam setiap individu.. Bagaimanapun, sejak peristiwa pengeboman World Trade Center di New York dan beberapa peristiwa hitam lain, ahli psikologi kembali memberi tumpuan kepada kajian mengenai ketahanan diri. Peristiwa tragik itu membuka mata semua orang untuk mencari jalan, khususnya dalam berdepan dengan perkara yang tidak tahu atau dijangka akan terjadi dan bagi berdepan dengan semua itu memerlukan ketahanan diri supaya teguh berdepan dengan segala ujian serta cabaran,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai ketahanan diri, Dr Rohany berkata, ‘ketahanan’ berasal daripada sains fizikal yang secara dasarnya bermaksud untuk melantun semula. Jika merujuk kepada individu yang mempunyai ketahanan itu ia menjelaskan kemampuannya untuk melantun semula apabila berhadapan dengan kesukaran hidup. Dalam erti kata lain, individu berkenaan akan bangkit semula untuk hadapi kesukaran yang perlu di tempuh.
Katanya, hakikatnya seseorang yang mempunyai ketahanan diri adalah orang yang kuat daripada psikologi dan mental serta tidak senang rapuh. Malah, mampu bertahan dan tidak menunjukkan tanda-tanda tidak berfungsi seperti kebimbangan, kemurungan dan paling teruk serta dibimbangi ialah mengalami masalah kecelaruan mental.